Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan | Rasanya memang kerap kami ke Pahang bila hampir hujung tahun ni menjemput KY Amanda dan kali ni kami ke sini lagi selepas KY Amanda tamat cuti seminggu..sejak KY belajar di UMP Pekan ni, Pahang ni dah dekat di hati..cewahh

Kami bertolak dari KL selepas solat Subuh dan berhenti bersarapan ala kadar di Petronas Bentong dan kemudian terus ke Kuantan untuk  untuk penuhi temujanji.  Sarapan pagi di Petronas saja ala kadar jer sebab dah goreng pepagi saya dah bangun untuk memasak bihun sebagai bekal sebab kena keluar awal.

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkanNya dan selesai temujanji terus kami mengisi perut yang berkeroncong di Akob Patin House 3 dan destinasi seterusnya pastilah untuk daftar masuk ke Hotel Seasons View. Alhamdulillah bilik pun dah tersedia walau waktu baru menginjak ke jam 1 tengahhari. Kalau tak silap ni kali ke 2 kami menginap di sini sebab mudah nak cari makan!

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Ni bukan pekerja housekeeping apatah lagi penyelia hotel...ni la en suami aka DH (darling husband) yang rajin pulak mengemaskan bilik sebab si isteri nak ambil gambar.  Mana taknya anak-anak bila masuk bilik jer terus terkam katil hehee. Ini adalah kali kedua kami menginap dii Hotel Seasons View sebab bila booking di saat akhir memang tak ada pilihan namun kami bersyukur sebab di hotel ni memang selesa dan mudah untuk dicari dan mudah nak cari makan. 

Dalam dok berehat dengan masing-masing layan social media sendiri, saya syorkan kami ke Pantai Pelindung yang tak jauh dari Kuantan mengikut apa yang saya Google. Bukan apa rancangan televisyen tak dapat kami tonton sebab mereka sedang menaik taraf perkhidmatan tu yang diberitahu waktu saya daftar masuk. 

Bercerita pasal Kuantan ni banyak tempat menarik yang boleh dilawati termasuklah beberapa pantai yang terdapat dan boleh dikunjungi antaranya Pantai Teluk Cempedak  Pantai Cherating, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Pantai Tanjung Sepat, ada yang selamat untuk mandi manda dan ada yang sememangnya sangat merbahaya, jadi kalau berkunjung tu sila berhati-hati demi keselamatan diri ok.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Akhirnya kami bersepakat ke Pantai Pelindung yang terletak di Beserah tak jauh dari Teluk Cempedak yang telah acap kali kami kunjungi.  Perjalanan ke Pantai Pelindung ni ada lebih kurang 20 minit tu pun kami guna waze sebab kang tak pasal sesat jauh sebab pantai ini agak tersorok malah dan sewaktu kami tiba masih tak ramai orang.  Tiba kat sini je terus nampak kedai makan dan masanya untuk isi perut.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Kami pesan sebekas bihun goreng untuk kami berlima dengan telur dadar, dua pinggan keropok lekor dan sotong celup tepung untuk mengisi perut sesambil menikmati angin pantai dengan panorama yang cukup indah.

Lepas kenyang rugi kalau tak turun ke pantai untuk mengambar gambar dan video kan tapi nak mandi tu idok ler walau pantainya cukup landai dan dikatakan selamat untuk mereka yang ingin mandi tapi memang seronok layan angin yang bertiup dengan deruan air laut...ahh asyikk!

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 


Lepas puas berjalan dan bergambar di tepi pantai kami berjalan menuju ke  tasik rekreasi yang terletak beberapa langkah dari pantai.  Tasik Pelindung merupakan tasik rekreasi yang dijadikan menjadi tempat riadah siap dengan trek untuk berjoging dan taman permainan malah ramai jugak pengunjung yang memancing tapi tak tahu diaorang ni dapat ke tidak ikan tu. Apa yang pasti lokasi ni pun cukup cantik untuk bergambar  sambil menikmati udara sega dari tasik dan pantai berdekatan.

Sewaktu keluar tu baru perasan ada tempat makan di sebelah kiri yang tapi tak kan kami nak berhenti makan lagi setelah kenyang dengan bihun, keropok lekor dan sotong celup kan.  Badan pun dah letih dan melengas jadi niat tu nak balik hotel, mandi dan rehat tapi sempat pulak kami singgah ke Kuantan Mall untuk cari barangan untuk anak-anak gadis ni. 

Kalau menginap di Seasons View Hotel ni tak perlu risau sebab kedai makan ada kat sebelah jer jadi untuk makan malam, DH cuma beli bungkus nasi goreng pelbagai jenis di kedai yang terletak beberapa langkah dari pintu masuk hotel. Kenyang dan boleh tidur dengan tenang!


Hari Kedua
Mulanya ingat nak ajak en suami sarapan di luar tapi memikirkan payah nak memandu dan mencari kedai makan niat tu dibatalkan je dan sarapan pagi kami di hotel je.

Memang banyak la jugak pilihan antaranya nasi lemak, kuetiaw, roti bakar, American breakfast yang cukup simple tapi mengenyangkan. Lepas sarapan, masuk balik ke bilik untuk bermalasan dan kekonon nak update la blog tapi eh kita ni datang bercuti kan jadi kenapa tak keluar dan jalan-jalan kan walau sebenarnya mood berjalan dah tak macam dulu...serba serbi rasa malas hehee.  Sesambil menunggu anak-anak bersiap, saya pun google lagi untuk cari mana tempat yang nak pergi...yang pasti bukan lokasi kedai makan tau!

Selepas daftar keluar hotel lebih awal, destinasi seterusnya ke Pantai Balok yang mengambil masa lebih kurang 15 minit jer sebab dekat ianya jadi tumpuan untuk beriadah dan lokasi bagi peminat aktiviti lasak luncur angin, luncur layar dan perahu layar. Memang cantik!

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Pantai Balok

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan 
Hasrat nak menjejak kaki ke Pantai Batu Hitam tak kesampaian walau lokasinya kiranya macam bersebelahan je sebab nak kejar masa ke Pekan pulak...InsyaAllah harapnya dapat berkunjung bila ke Kuantan lagi.

Selain dapat melihat keindahan panorama pantai yang indah ni pengunjung pun boleh berkhemah dan mencuba aktiviti yang terdapat di sini

Kalau kami punya banyak masa memang tak nak lepaskan untuk singgah melihat suasana perkampungan nelayan tradisional dengan rumah kayu, pukat yang dijemur, nelayan menangkap ikan di pesisir pantai dan sesi bergambar sakan kat sini atau tunggu waktu senja untuk saksikan matahari terbenam dan mungkin dapat tengok bot nelayan balik dari mencari rezeki di lautan. Mungkin di kesempatan lain boleh la ke Natural Batik Village untuk melihat penghasilan batik walau pernah tengok lama dulu.

InsyaAllah ada rezeki nak berkunjung ke sini lagi dan perjalanan kami teruskan ke Pekan pulak la dan tentunya agenda mengisi perut dan ambil peluang untuk membuat lawatan ringkas di lokasi yang belum pergi kami singgah untuk bergambar antaranya Istana Abu Bakar, Royal Polo Pahang Club, Istana Mangga Tunggal.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Antara pintu gerbang sebelum memasuki kawasan istana yang pasti mtembuat pelawat teruja nak bergambar kat sini jugak.

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan

Perut dah kenyang DH bawa jalan-jalan ke perkarangan istana dan saya pun apa lagi ambil kesempatan la untuk bergambar di depan Istana Abu Bakar.  Mujur waktu kami sampai tu tak ramai orang tapi lepas selesai posing tu ramai pulak yang sampai...fuhh

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang MenyeronokkanRoyal Polo Pahang Club Pekan

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Royal Polo Pahang Club Pekan
Royal Polo Pahang Club Pekan ni antara lokasi menarik buat sesiapa yang suka bergambar untuk kenang-kenangan..memang cantik!
Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Istana Mangga Tunggal 

Percutian Singkat Di Kuantan Dan Pekan Yang Menyeronokkan
Istana Mangga Tunggal 

Istana Mangga Tunggal dibina pada tahun 1934 oleh tukang Melayu bernama Awang Mat Ali (baca SINI). Dikatakan nama istana Mangga Tunggal ini diambil dari sepohon pokok mangga yang berbuah hanya sebiji pada setiap kali musim berubah.  Istana ini merupakan tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.

Banyak kan tempat menarik yang kami dah lawati dan boleh baca di SINI

Dah puas berjalan dan perut pun dah kenyang jadi  tiba masa untuk ucap selamat tinggal buat KY Amanda..dah biasa kena tinggal jadi tak la sedih sangat sebabnya DH cakap KY kalau tak de kelas balik jer tiap-tiap minggu..kalau gitu memang tak sempat kami merindu kan? hehe

Post a Comment

16 Comments

  1. Alahai... Lamanya rasa tak ke Kuantan, Pahang. Banyak betul dah tempat-tempat menarik. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain mall, akak suka ke pantai bukan untuk mandi manda tapi layan bayu laut...syokkk

      Delete
  2. bestnya kak, dana suka kalau jalan-jalan tempat yang ada pantai... leka layan ombak

    walaupun percutian singkat tpi banyak tempat juga dapat singgah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaa kita geng Dana! mujur anak2 semua dh besar jd banyak yg sempat tapi kalau anak kecil agak payah jugak Dana...

      Delete
  3. musim2 cuti ni seronok cari tempat bercuti yang ada pantai, alam semulajadi..yg tenang.. seronok tgk kak fuzy dan sekeluarga bercuti..santai betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best layan diri kat tepi pantai nii...
      terima kasih dik...mmg santai jer dan mujur suami tu mmg kira expert dgn Pahang nii

      Delete
  4. Bila anak2 belajar jauh sikit dari kediaman, mesti ada peluang mak-mak nak keluar berjalan sambil2 bercuti sehari dua masa hantar anak2 belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Han...sambil menyelam kita telan air..hahaaa

      Delete
  5. bagausnya hubby akak memahami seorang isteri hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee kekdg tu malas jugak dia nak melayan tau Adda...

      Delete
  6. Kuantan best kan kak. Selain dari byk pantai yang cantik2, tempat makan pun banyak especially utk seafood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Ana...mmg best lepak kat pantai dan kalau pasal makan seafood mmg banyak kat sini...sedap dgn tak sedap dan mahal dengan berpatutan jer...

      Delete
  7. seronok kalau dapat g kuantan. suka p pantai TC tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best Kuantan dik tapi TC tu dh crowded sangat...so kita jelajah ke pantai yang lain hehe

      Delete
  8. Seronok juga akak ya di kuantan. Belum pernah lagi ke sana

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!