Dubai 2009 : Naik Public Bas Ke Ski Dubai - Part 3 | Sekali lagi dapat jalan-jalan selepas penat kat exhibition hall. Kali ni cakap dengan boss kita nak ke Emirates Mall. SSL dah pernah pergi sekali ke Emirates Mall bila Aslam sudi bawak ke sini gara-gara nak tolong carikan minyak seribu bunga tu yang abang ipar cakap cukup wangi tu.
Alkisah dah pernah pergi kan so, SSL bagitau boss yang kita patut try naik public bas je, lagipun bus stop tu terletak depan York International Hotel yang kami menginap. Tapi kata boss nak naik teksi jer, tapi tunggu punya tunggu, tahan punya tahan, satu teksi pun tak de yang kosong, maka naiklah kami public bas.
Dapat jugak naik bas..yahooo. Selesa dan bas kat Dubai ni panjangnya 2x bas yang kat jalanraya Malaysia..hebat kan
Bila dah naik bas tu terkenal la pulak dengan budak2 Indonesia yang kerja kat Dubai ni..diaorang pun nak ke Emirates Mall jugak. Yang kelakarnya dah nampak mall tu dan teruja tapi bas belok ke arah lain..aihhh dah awat tak berhenti dekat Mall dan melencong jauh. Nasib budak2 Indon tu cakap tak per ikut diaorang jer.
Akhirnya bas berhenti...jauh dari mall dan kami kena lintas jalan yang seluas 8 laluan jalanraya! walau kereta tak banyak tapi 8 laluan tu! berlari-lari la jugak dan dalam dok berlari tu nampak kereta peronda polis...budak Indon cakap takut nanti kena tangkap sebab melintas lari..haa apa lagi bertambah kecut la perut tapi larian tu tetap berlari..haha.
Hapa punya pengalaman kan..korang pernah? haha
Mall of the Emirates ni shopping mall yang memang cantik terletak kat Sheikh Zayed road. Kat sini memang banyak kedai branded yang kita mampu tengok jer la dan kat sini la ada Ski Dubai, indoor ski resort dan taman salji pertama di Timur Tengah. Emirates Mall ni dinobat sebagai World's Keading New Shopping Mall kat World Travel Awards di London pada 2005 dan Forbes iktiraf mall ni antara 5 mall terpopular di Dubai
So kalau ke Dubai jangan tak singgah tau..
So kalau ke Dubai jangan tak singgah tau..
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!