Alhamdulillah..selesai sudah operation untuk Buang tonsil yang sudah bertahun menghantui dan membebani. Inilah cara menghilangkan tonsil yang terbaik bila tonsil bengkak dah jadi teruk sampai dah dekat 2 minggu demam tak fully recover dan mak pulak dah bising sebab saya asyik tangguh jumpa doktor.
Bila tonsil bengkak, siap ada blister lagi yang macam ulser sampai nak telan air apalagi makanan pun rasa sakit sampai ke telinga. Tambah teruk bila pernafasan pun jadi sukar jugak.
Teringat dulu masa tonsil bengkak semasa kerja kat United Nations Development (UNDP), seorang manager tu cakap kena makan aiskrim, memula rasa pelik sebab ishh tak masuk akal tapi tak cuba kita tak tahu kan.
Jadi bila tonsil membengkak, saya pun beli aiskrim vanila dan makan. Ya! memang membantu kerana aiskrim tu membuat rasa kebas jadi nak makan pun tak berapa sakit. So recommended pada anda yang tonsil membengkak macam saya sampai boleh tengok sendiri blisters kat kedua-dua belah dalam tekak dan bila telan air liur pun sakit sampai ke telinga, saya syorkan buang la tonsil tu sebab seorang dewasa InshaAllah tak ada yang perlu dikhuatirkan.
Mulanya kita akan berjumpa doktor pakar untuk check samada perlu atau tidak dibuang tonsil. Memang akan kena buang sebab tonsil bengkak dengan ulcer dan dah 2 minggu tak surut, memang sah doktor akan suruh proceed untuk pembedahan.
Selepas tu ada sesi berjumpa pakar bius yang menerangkan pro dan cons..yang agak menakutkan tapi bertabah lah untuk get rid the tonsil.
Saya kongsikan tarikh-tarikh untuk dikenang dan pembedahan pertama dalam hidup!
01 Ogos 2010
kena daftar masuk HKL dan siap mintak kat dhubby saya nak 1st class tapi yang 4 katil sebab kalau katil berdua erkkk mmg tak la nak dok dengan kesunyian tu tapi bilik yang sy dapat pun tak de pulak pesakit la pulak..so masih seorang jugak kat SW14 ni hehe.
siap boleh berposing dua beradik ni kann
02 Ogos 2010
Hari yang dinantikan telah tiba dan telah selesai segalanya..syukur kehadrat Ilahi yg telah memudahkan segala urusan sebelum op dan selepas op. Memang tak sedar waktu masuk OT selepas baring kat pengusung dan bila letak ubat bius langsung tak sedar..sedar jer bila dikejutkan oleh nurse..Alhamdulillah tak de komplikasi tapi waktu dihantar balik ke bilik..mmg antara sedar dengan tidak la hehe. Bila dhubby datang pun masih lemah.
Kena berpuasa sejak malam
Selepas selesai operation, masih piwai
First thing yang sampai bila balik kat bilik tu atas tray ada air ais dengan ketul ais..erkk dah mmg saya bukan suka minum minuman berais tp kena la telan jugak sebab ais akan buat rasa numb dibahagian tekak
sarapan pagi...sedap ni..slurpp..slupppp tak payah kunyah |
03 Ogos 2010
since tak de apa2 yang memudaratkan so sy pun being discharged. Yeayyy boleh balik rumah!Harapnya boleh la kurus sebab tak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa, manalah tahu boleh macam anak buah yang buat op tonsil tu lepas op terus kurus handsome gitu..haha
Kata akhir dan kata nasihat, sesiapa ada problem tonsilitis tu jangan bimbang, just go for the op..legaaa
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!