Drama Mencari Katarsis Bukan Hanya Cerita Tapi Kebenaran | Serius letih seharian dengan si Icha yang memanjang nak tengok kartun..kartun channel 611, channel 103 memang letih dan jemu lar..but wat to do kita ni jadi Ummi dia so layan jer la.
Kesian kat dia yang missing her two sisters, Kak Chik dan Miya dan asyik dok tanya "Ummi, bila Kak Chik dan Miya nak balik"? pastu dia dok kata nak balik kampung nak jumpa Tok Wan dia. Teringat masa last vacation aka balik kampung if tak silap masa Aidil Fitri si Icha boleh tido ngan Tok Wan dia sebabnya dia ajak aku tido but aku sibuk online dek tuntutan kerja then ajak Ayah dia, pun sibuk menonton tv. Its sooo sweet how they try to pamper herself dengan Tok Wan dia so Tok Wan dia pun dah jadi rindu kat dia gak walhal hardly to see Tok Wan really like trying to attach dengan cucu except for those yang stay in dengan mereka.
Sebenarnya nak cerita pasal drama Mencari Katarsis yang secara tak sengaja aku tertekan di Saluran Oasis - Channel 106 (maklumla aku ni masih tak arif pasal Channel2 dalam Astro ni...bukan sebab pelupa tapi memang tak ambik port haha). Jalan cerita yang cukup menginsafkan dan memberi impak yang positif buat para isteri dan suami. Memang wajib tonton! Bukan nak mengulas tapi ceritanya mudah dan memang layan sangat. Sememangnya watak lakonan sedih memang hak Safura yang hebat begitu juga Zali Hussain, Vanidah Imran yang begitu manis bertudung..memang cantik dan Rashidi Ishak memang lucky to have her dan memang pastangan yang cocok sekali dan d'hubby pun suka tengok Vanidah or Vee yang maintain body dan sentiasa menarik..wish I can be like her..huhuhu. Adoiii asyik termelalut jer pasal lain.
Drama Mencari Katarsis Bukan Hanya Cerita Tapi Kebenaran
Kisah Anita seorang janda mengahwini suaminya yang berusia 15 tahun lebih muda darinya. Dia menyara suaminya untuk belajar dan berjaya kemudiannya si suami ada hubungan hingga si perempuan mengandungkan anaknya. Walau dicerca ibu mertua, Anita tetap tabah.
Pengajaran Dari Drama Mencari Katarsis
Bak kata my mother..bila berkahwin sebaik-baiknya tinggal berasingan dari keluarga sememangnya tepat. Bukan kerana drama tersebut tapi dari yang aku dengar, lihat memang benar belaka. Bak kata pepatah..jauh bau wangi bila dekat bau busuk! Yang nak aku cerita sebenarnya ialah kita perempuan memang cepat tua especially bila dah beranak pinak macam orang dok kata perempuan yang bersalin seorang anak perempuan akan putus 1 urat dan bila bersalin anak lelaki putus 2 urat..Wallahuallam.
Tapi mungkin ada betul kot sebab kita akan nampak makin tua..eheh silap makin berumur! Berbalik pada drama tadi tu sisuami bila isteri dah tua dan mulalah mereka ni lupa diri kendian dok kata dia x bergaya la..dan x sesuwai nak dibawak ke majlis2. Isteri mana yang x sedih ye la dah dok rumah mmg banyak kerja nak buat memang x akan habis punya! sebab tu aku lebih rela pergi kerja! bukan apa buat tambah pendapatan jer..alasan ker? ohhh tidak...tapi tu akan kebenaran gak. Sisuami mudah lupa diri dan x ingat pengorbanan isteri yang menyokong lagi menolong pengajian dengan menjual hamper dsb.
Drama Mencari Katarsis Bukan Hanya Cerita Tapi Kebenaran
Cerita tu lebih menyentuh hati aku sebagai seorang ibu, isteri yang makin berusia...diam tak diam usia sendiri pun dah menganjak ke angka 41 tahun ni..how time flies! dan badan pun bagai ditiup-tiup cuma bezanya sebagai seorang yang berkerjaya, masih bekerja memang kena bergaya (tapi tidak berlebihan) walau saiz baju dari M berubah ke L dan ke XL nanti. Lelaki pula memang suka dimanja..and I love to manjakan d'hubby apalagi bila usia makin meningkat. Untuk lelaki..live starts at 40! secara tak langsung memang betul...tapi lelaki Melayu ni suka manja di bilik jer (ramai yang komen gitu..hehee) tapi memang betul.
Sesungguhnya kesian kat para isteri yang fulltime housewife..penat kat rumah, dapur, sidai baju, lipat baju, gosok baju, which memang cukup meletihkan dan membuat para isteri sepenuh masa keletihan dan mood akan swing serta tak larat nak layan si suami. Penat fizikal ni memang unbearable! dan this is the point untuk sisuami beralih angin! memang bagi angin satu badan!
Ending of the story, ketabahan dan kesetiaan isteri tidak akan dapat ditukar ganti (sekiranya mereka tak jumpa orang lain!) dan walau apa-apa pun mereka tetap akan be the best and closest person kepada seorang suami walau pun mereka mungkin tidak lagi cantik, slim, bergaya seperti sesetengah lelaki/suami inginkan. Dan mereka adalah Ummi/Mak/Ibu/Mama/Mummy/Bonda (apa jua gelaran dan panggilan oleh anak kepada perempuan yang melahirkan) yang hebat yang mampu menjaga dan membesarkan anak-anak namun ada segelintar ibu yang tidak seperti yang diharapkan. Itu kita letak tepi ya.
Berbalik pada diri sendiri, well aku pulak suka sangat bila tengok d'hubby bergaya dan up to date! dan akan always make sure he dressed well too walau usia semakin meningkat (buat cuci mata sendiri kan). Talking about it buat I miss him sebab weekend jer dia kerja dan this week pulak since Friday dia ada kat Utara tanahair ada event yang dia kena cover..ish ish ish
Apa-apa pun aku berdoa semoga kasih sayang dan cinta kami berdua dan sifat memahami dan hormati-menghormati tidak akan terurai di tengah jalan. Semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat! Aminnn
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!