Benarkan Bos Wanita Cerewet, Ketahui Rutin Harian Seorang Isteri, Ibu, Anak Dan Sebagai Ketua Pejabat | Ishhh dah lama rasanya dan buka rasa lagi tapi itu lah kebenaran and kenyataannya aku dah lama tak berblogging.
Bukan sebab tiada idea tapi terlalu banyak benda yg nak diceritakan tapi aduyaiiii kederat sangat membataskan dan hanya cukup untuk menitipkan kata-kata untuk menceritakan semua kejadian..uhhhhh rasanya memang masa 24 jam tu memangnya tidak cukup. Cuba kira ada cukup ke tidak seperti jadual aku yang sangat padat sekali ni.
Benarkan Bos Wanita Cerewet, Ketahui Rutin Harian Seorang Isteri, Ibu, Anak Dan Sebagai Ketua Pejabat |
- Bangun pagi seawal jam 0530 dan mengeliat-geliat manja dekat D'Hubby sebelum bangun untuk solat dan memasak untuk anak-anak, sedia minuman untuk D'Hubby (nasib baik la Cik D'Hubby ni seorang yang tak makan apa-apa yang heavy waktu pagi cukup sekadar segelas susu Anlene dan milo untuk Miya serta Horlicks untuk Kak Cik Iman. Buat si manja Icha sediakan sebotol susu dan pasang channel 611 sebelum dia bersedia untuk mandi sendiri atau di mandikan, buat diri sendiri, agak kelam kabut untuk bersiap untuk ke pejabat jam 0745 kekadang tu jam 0800 baru masuk kereta dek kerana Icha lambat bersiap.
- Antar Icha ke tadika ambil masa lebih kurang 15mins dan kekadang terlebih bila terserempak dengan ibu-ibu yang lain, borak la sekejap kang kata kita sombong pulak kan.
- Beli breakfast untuk mak dan abah dan hantar beg berisi baju untuk Miya dan KakChik yang perlu dipakai lepas sekolah sambil quick breakfast dengan mak dan abah dah memakan masa sampai 0845.
- Masuk pejabat jam selewatnya 0845, dan terus jengah kerja membalas email, tengok report, tengok produk dan berlanjutan hingga ke jam 1830 tu kalau malas tapi kalau ada banyak request untuk quotation memang cecah lebih masa la jugak tapi tetap pastikan untuk tidak lewat keluar pejabat.
- Kalau keluar dalam jam 1830 tu memang terus ke rumah mak abah untuk ambil bebudak dan sampai rumah dalam pukul 1900. Sempat lagi tengok drama Indonesia, terkini Kejora dan Bintang yang aku dok ternyanyi lagunya tu..Setengah mati..hehehehe. Layan untuk lepas lelah sekejap
- Habis cite jam kurang lebih 1930, mandi, solat Maghrib dan prepare untuk dinner pulak tapi kekadang tu Cik D'Hubby dah siap panas lauk dan makan sendirian jadi selamatlah tak perlu nak buat apa-apa dan dah jimat masa. Alhamdulillah.
- Kemas rumah serba sikit, lipat baju kalau Cik D'Hubby tiada kerajinan hari tu untuk melipat lar dan solat Isyak (kalau cuti bulanan memang tak terkejar la nak buat itu dan ini)
- On lappy kurang lebih at 2130 atau selewat-lewatnya 2200 dan sibuk dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernah selesai lebih-lebih lagi bila GM turun KL..asyik dok meeting jer dengan dia dari planning ke strategi ke budget yang menyesakkan minda dan raga.
- Kalau tak tertidur sempat la jugak berkebun alam maya kejap and in between task (main Farmville la) tu jer yang boleh tenangkan otak yang pening dengan kerja.
- Selewat-lewatnya jam 1230 kena masuk tidur dalam minggu bekerja atau selewat-lewatnya jam 0230 terutama bila cuti hujung minggu dok melayan kerja. Mujur tak pernah lagi tak dapat tidur dan bila letak kepala jer terus lelap.
Benarkan Bos Wanita Cerewet, Ketahui Rutin Harian Seorang Isteri, Ibu, Anak Dan Sebagai Ketua Pejabat
Wow dah 19 jam dok berjaga menyiapkan kerja-kerja berkaitan kerja dan rumahtangga dan hampir tiada de masa untuk berblogging...huhuhu salah siapa yek?
Warghhhhh...sapa nak bantu ni??? Berbalik pada tugasan di pejabat..alangkah bagusnya bila staff yang sedia ada boleh sama2 berfikir untuk meningkatkan jualan dan juga memberi idea untuk pakej-pakej pelancongan. Jadi bila banyak jualan gaji pun tak perlu nak tunggu sampai 7hb bukan?!
Teringat aku bila membaca resume-resume para candidate dan juga ayat-ayat bebudak yang datang interview ....I am a very independant person, teamworking type, fast learner..ada betul ker.
Yang pasti mereka bila dah dapat kerja tu terserlahlah sifat mereka yg sebenar dan nak kena spoon feed dan kita pulak kena tanya dah siap ke belum atau lebih sakit hati bila boleh buat blurr dan lebih menyakitkan hati bila dah la tak fokus lepastu tu bila sibuk dengan personal thing diwaktu kerja. Bila ditanya boleh lupa dan terpinga-pinga walhal tu la projek terkini yang mereka tengah buat...sedihkan.
Patutkah aku menyalahkan kerja atau mereka sendiri kerana salah memilih kerja?
Dah la aku kena sediakan pelbagai pakej dan mengemaskini kontrak untuk tahun baru 2011 dan program untuk ke Dubai pada 28 April ni...ishhh serabut rasanya..
Buat sesiapa saja yang membaca blog aku ni tolong la jangan jadi hipokrit, kalau tak suka dan rasa diri tu bagus, sila la cari kerja lain tak payah menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain. Kalau anda betul-betul bagus pasti berjaya kat tempat lain.
Akhir kata, jujurlah pada pekerjaan dan kalau tak suka dengan bos wanita anda sila la cari kerja lain!.
Tak usah la menyeksakan diri anda sebab anda sungguh bijak dan bimbang nanti mereka terus merasa disusahkan oleh bos wanita yang memang dikenali sebagai cerewet..Betul ker?
Andai mereka tahu betapa tertekannya tugasan seorang bos wanita dan tak mungkin anda tahu sebab anda hanya mahu masuk pejabat, buat kerja macam operator dan cukup bulan terima gaji tanpa fikir untuk menaik taraf diri apatah lagi syarikat.
Ok, selesai luahkan perasaan dan tak per nanti kita sambung lagi yek..nak teruskan kerja-kerja sebab minggu ni minggu yang sungguh sibuk sekaliiiiiii
3 Comments
Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
ReplyDeletePagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
ketua or bos wanita walaupun bukan semua tp kebanyakkannya cerewet & kuat membebel berbanding bos lelaki.. Tp ada juga ketua/bos wanita yg di senangi, so senang nak bekerja dengannya.
ReplyDeleteAKHIRNYA DARAH KU BERJAYA DI SEDUT
Anonymous...saya suka la pantun ni..betul2 suka.
ReplyDeleteTLLS...saya setuju
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!