Bayaran Zakat Fitrah Melalui Online ?

Zakat fitrah secara online? Sekadar berkongsi berita yang sempat dibaca di Harian Metro pagi tadi yang memuatkan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan sedia mempertimbanggkan cadangan supaya pembayaran zakat fitrah dapat dibuat secara dalam talian menerusi portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ)



Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :

  • HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
  • HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.
  • Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
  • Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

sumber PPZ


Kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom lagi, proses itu boleh dilaksanakan spertimana pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan.

"Jika sistem pembayaran itu dilaksankan, umat Islam tidak perlu gusar kerana pembayaran zakat seumpama itu di kira SAH dari segi akadnya walaupun dibuat secara online.  Kebiasaannya pembayran zakat fitrah dibuat melalui amil-amil yang telah dilantik tetapi InsyaAllah cadangan ini akan kita pertimbangkan di masa akan datang" katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula portal PZZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini malam tadi.

Jamil Khir berkata cadangan sebegitu mempunyai kebaikan memandangan pembayaran zakat perniagaan dan zakat pendapatan yang diadakan melalui online sejak tahun lepas mendapat sambutan hebat khasnya daripada mereka yang berumur bawah 40 tahun.

Entahlah apakah memang sah mungkin ia memudahkan pembayar yang tiada masa untuk singgah sekejap untuk membayar zakat fitrah dek kerana tuntutan kerja yang padat. Wallahuallam.


Post a Comment

2 Comments

  1. sah dik

    transaksi yang dibuat ketika proses pembayaran tulah akadnya. Semua ada rekod.

    Celcom pun dah buat bayaran zakat melalui sms, http://mfitrah.celcom.net.my

    Maxis pun dah start sama
    http://www.maxis.com.my/personal/latest/MZakat/index.asp

    ReplyDelete
  2. The following definitely seems to be positively terrific. Such very little fact is released by using lot from certificates know-how. I just gain doing so a good price.Help Orphan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!