Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan

Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan  | Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng...Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih  ada di sisi...



Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan 


Kisah kehidupan seorang gadis bernama Indah Halina yang dibenci dan difitnah ibu tiri dan kakak tiri yang irihati.  Begitu tega si kakak tirinya, Zawati meninggalkan dia sewaktu berhenti di R&R sehelai sepinggang dan menipu ayah tirinya dengan mengatakan Indah lari.  


Disebabkan konon untuk menutup malu, si mak tiri mengesyorkan anaknya Zawati berkahwin dengan Saiful.  Jadi Zawati yang sememangnya suka dekat Saiful tercapailah hasrat dia tu.  Jahat kan.  Kesian Indah bila dapat balik selepas selesai majlis perkahwinan namun atas hasutan mak tiri, ayah dia sendiri tak mengaku anak malah dihalau. Sedih.hiba.


Si Zawati ni pulak memperbodohkan suami dia dan berseronok dengan Yazid yang tak bekerja..geram sungguh tapi spt biasa kalau orang teraniaya ni pasti tidak selamanya dalam kesusahan dan rezekinya kerana ikhlas membantu Dato' Safiya walau tidak semudah tu jugak..banyak rintangan dia hadapi..dibuang kerja, disyaki mencuri handphone dan jugak mencuri hati anak sulung Dato' Safiya hehe.  Indah juga mendapat teman istimewa dihati Dato' Safiya yang ambil dia bekerja dan tinggal serumah...dan bermula la kisah cinta dongeng gadis kampung yang tak punya apa-apa dengan Tajul Razin yang punya segalanya tapi cinta bukan seindah begitu saja...disukai oleh Tajul Zahin yang playboy dan kemudian mengharap cintanya...si abang akur dengan si adik dan mengizinkan siadik untuk menikahi Indah...sad kan


Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan 


"Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap.  Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?" Tajul Razin


Err..Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?" Indah Halina


"Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup.  Tak sama ke angan kita? - Tajul Razin



Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. 


Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. 


Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

18080220

Post a Comment

0 Comments