Harian Metro : 'Belukar' dibakar laser

Hahahaha..nak cerita tapi kena ketawa dulu arr sbb tajuknya memang mengundang pertanyaan..Nasib baik dah lama berbuka puasa kalau x mau tersembur makanan tak pun minuman..Memang editor HM 08/08/12 ni kreatif betul ahhhh.



‘Belukar’ dibakar laser

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang wanita untuk membuang bulu di bahagian kemaluannya dengan menggunakan kaedah cahaya laser membawa padah apabila dia terpaksa menanggung kesakitan selepas cahaya laser berkenaan mengakibatkan kemaluannya disahkan terbakar tahap kedua oleh pakar perubatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini, 28 Julai lalu.
Wanita terbabit bukan saja terpaksa menanggung kesakitan sejak 22 Julai lalu, malah turut menghadapi kemungkinan terpaksa menanggung kos perubatan hampir RM50,000 bagi merawat kemaluannya itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, berkata dia mendapat tahu mengenai pakej pembuangan bulu di bahagian sulit secara kekal itu yang dijalankan sebuah pusat kecantikan melalui iklan di sebuah akhbar tempatan dan tertarik kerana harga yang ditawarkan adalah murah pada awal Januari lalu.

“Saya kemudian menghubungi nombor telefon tertera pada iklan berkenaan sebelum membuat temu janji dan menandatangani perjanjian untuk menjalani rawatan selama dua tahun dengan bayaran RM3,500.

“Rawatan menggunakan cahaya nano ataupun laser itu dijalankan sekali setiap bulan oleh pekerja yang sama sehinggalah bulan ketujuh apabila pekerja berkenaan bertukar dan memberitahu tahap laser berkenaan perlu ditingkatkan,” katanya ketika hadir di sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Lee berkata, ketika menjalani proses rawatan bersama pekerja baru itu, dia pada mulanya mendapati bau hangit yang kuat serta berasa kesakitan di kemaluannya sehingga menyuruh pekerja terbabit menghentikan proses berkenaan.


Katanya, pekerja terbabit kemudian mengatakan itu adalah perkara biasa dan dia hanya perlu meletakkan ais di bahagian yang sakit itu.

“Bagaimanapun, sehari selepas rawatan itu, bahagian sulit saya menjadi bengkak, kesan kemerah-merahan sebelum melecet sehingga menyukarkan saya untuk berjalan dan tidur. “Risau dengan keadaan berkenaan, saya mengunjungi sebuah klinik kulit dan selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya mengalami kesan kebakaran tahap kedua yang menyebabkan lapisan kulit bahagian dalam turut terbakar,” katanya.

Menurutnya, doktor yang merawatnya memberikan ubat tahan sakit yang kuat bagi mengurangkan kesakitan tetapi kesan terbakar pada kemaluannya itu tidak dapat dipulihkan.

Katanya, apabila dia mengunjungi pusat kecantikan itu semula, pemiliknya bersikap lepas tangan dan hanya mahu memulangkan kos rawatan yang telah dibayar sebanyak RM3,500 sebelum ini malah menjelaskan ia bukan kesilapan pihaknya.

“Mereka menyatakan ia adalah risiko yang perlu ditanggung pelanggan dan mereka mendakwa pekerja berkenaan mempunyai pengalaman lebih dua tahun bekerja di pusat kecantikan berkenaan.

“Kini, saya bukan saja terpaksa menanggung kesakitan di atas kecuaian mereka malah saya terpaksa membelanjakan kira-kira RM50,000 lagi untuk menjalani rawatan memulihkan kemaluan saya namun kesan terbakar pada kulit akan kekal selamanya,” katanya.

Susulan kejadian itu, Lee berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat kecantikan itu.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong yang turut hadir di sidang media berkenaan menasihatkan semua wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik agar mendapatkan nasihat doktor sebelum menjalani sebarang rawatan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

Post a Comment

0 Comments