Pasti ramai yang suka minum teh kan..kalau tak suka pasti dalam sebuah rumah pasti ada uncang teh walau kita tak minum tapi untuk tetamu yang akan berkunjung. Maaf la kalau ada rumah yang tak de langsung teh serbuk atau teh dalam uncang tapi SSL nak cerita perihal khasiat teh yang kita tak habis minum tu.
Jangan buang air teh yang tidak habis diminum. Sebaliknya biarkan semalaman kerana air teh sejuk mempunyai banyak khasiat yang banyak dan kalau untuk peminum teh tu pasti akan menjimatkan kos. Antara kegunaan teh sejuk ialah :
Melambatkan pertumbuhan uban
Basahkan kulit kepala dengan air teh sambil memicit-micitnya. Biarkan rata dan meresap diatas kepala selama setengah jam sebelum membasuh rambut tu balik ya
Menghilangkan jerawat dan membersihkan muka berminyak
Basuh muka dengan air teh sejuk terutama ketika cuaca panas
Mengelakkan kedutan buah dada
Jika anda menyusu bayi, urut buah dada anda dengan air teh sejuk. Nescaya buah dada anda tidak akan mengalami masalah kedutan sebelum masanya
Menjadikan rambut berkilat
Sapu air teh sejuk di kepala, biarkan sehingga kering sebelum dicuci
Tanaman subur
Siram pokok bunga dan sayuran dengan air teh sejuk agar tanaman anda tumbuh subur dan berbuah serta berbunga lebat
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!