Salam Maal Hijrah 1435H

Salam Maal Hijrah 1435H | Assalamualaikum. Bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1435 Hijrah bersamaan 5 November 2013 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam seluruh Malaysia dan dunia.  Semoga kita mendapat hidayah, dirahmati dan diberkatiNya.

Semoga kita terus menjadi insan dan umat Islam yang lebih baik hari ini dan seterusnya.
logo Maal Hijrah




Tahukah anda?

Tahun Hijrah ditentukan oleh Khalifah Umar pada 17 H/638 M. Untuk menetapkan pengiraan tahun hijrah, Umar mengundang para sahabat. Ada sahabat yang mengusulkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dikira sebagai permulaan tahun Islam.

Ada pula yang mengusulkan turunnya wahyu pertama. Yang lainnya mengusulkan Perang Badar (17 Ramadan) dan peristiwa penting Nabi Muhammad SAW.

Ali bin Abu Talib kemudiannya mengusulkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam.

Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah pada 8 Rabiulawal/20 September 622. Umar menerima usul ini kerana hijrah merupakan titik pemisah di antara masa Mekah dengan Madinah dan merupakan perjuangan awal Baginda SAW dalam menyebarkan Islam.


    Setiap bulan Islam mempunyai maksud dan makna?
    1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم) Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam. 
     2. Safar (صفر) Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka. 
     3. Rabiulawal (ربيع الأول) Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan. 
     4. Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني) Bulan kedua musim bunga. 
     5. Jamadilawal (جمادي الأول) Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering. 
     6. Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني) Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu. 
     7. Rejab (رجب) Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.


  • 8. Syaaban (شعبان)
    Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

    9. Ramadan (رمضان)
    Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

    10. Syawal (شوال)
    Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

    11. Zulkaedah (ذو القعدة)
    Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

    12. Zulhijah (ذو الحجة)
    Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.



    by KHAIRULANUAR YAHAYA November 15, 2012 at 9:34 AM
    Sumber : http://live.utusan.com.my/Event/Majlis_sambutan_Maal_Hijrah_1434?Page=0


Post a Comment

0 Comments