Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu

Syukur Alhamdulillah, akhirnya selepas beberapa perjumpaan dan pengesahan, SSL sekali lagi ke Saigon dan kami pun berlepas menaiki pesawat MH 751 jam 1710 dan tiba di Tan Son Nhat Intl Airport jam 1805.  Memang tak de aktiviti, cuma dijemput dan daftar masuk Sabah Saigon Boutique Hotel...katanya kepunyaan orang Sabah Malaysia dan Alhamdulillah ada surau dan sarapan pagi HALAL tak macam dulu pergi sarapan cuma boleh makan roti dan telur rebus.

Tapi hotel ni agak jauh dari Ben Thanh market jadi agak payah nak jalan kaki ke pasar popular tu tapi kalau nak boleh jer

Saigon ni sekarang dah banyak restoran Islam jadi tak perlu risau sangat

Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu



ni bilik SSL...syhhhh cantik kan mengadap jalan tapi kalau dah balik lewat tu xde la nak enjoy gambar lagipun tak bawa kamera 


Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu

Serba sedikit info untuk sesiapa yang nak ke Saigon ni

Time zone : UTD +07:00

Matawang : Vietnam Dong tapi boleh guna USD.  Kebanyakan kedai di Ben Thanh market ni terima RM jugak tapi sebaiknya guna Dong jadi kita tak rugi sangat

Visa : Tak perlu bagi warganegara Malaysia

Adapter untuk charging handphone atau laptop sila bawal portable adapter walau boleh mintak dari front office tapi kekadang tu kena tunggu lama la sebab tetamu hotel lain pun nak guna.

type_f_large
Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu

Kat sini banyak bangunan cantik hasil penjajahan, dan kat tengok kota Saigon ni penuh pokok-pokok menghijau dan sejuk mata memandang macam berada kat Taman Tasik Taiping pun jugak

20130916_150732
Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu


20130916_150019
Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu

20130915_151534
Saigon Bhg 1 : Ke Saigon Dengan Geng Cikgu



Post a Comment

0 Comments