Resepi Mee Kari Citarasa Sendiri Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Mee Kari Citarasa Sendiri Yang Sedap Dan Mudah | Dulu SSL tak suka makan mee tapi sejak kahwin memang dah terminat sebab dhubby suka makan mee..dan selalu buat mee goreng je tapi kali ni teringin nak buat mee kari dan Alhamdulillah menjadik dan memang menambat selera suami.


Mee Kari
Resepi Mee Kari Citarasa Sendiri Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan
200 gm daging, dihiris mengikut saiz kesukaan. Daging punya rasa lebih manis berbanding ayam
250 gm kerang - dibasuh dan direbus tanpa air
1 paket fish ball
1 paket fish cake
3 ketul tauhu goreng
250 gm santan
2 sudu rempah kari ikan

Bahan A
  • 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji cili kering dikisar bersama bawang tadi
  • 2 biji buah keras - ditumbuk halus
  • 2 biji kentang - dipotong dadu

Bahan B
  • Mee Kuning - dicuci dan dicelur, toskan
  • Kacang panjang dipotong dan dicelur
  • Taugeh, Sawi dicelur sekejap (tak letak untuk kali ni)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi, belah dua
  • Telur direbus

Cara membuatnya -
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga naik harum
  • Masukkan bahan2 seperti remah kari dan tumis hingga terbit minyak dengan api perlahan
  • Masukkan daging atau ayam dan dikacau hingga kecut 
  • Masukkan kerang atau udang dan biar seketika dan masukkan santan 
  • Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong
  • Biarkan mendidih, masukkan garam dan tutup api.
  • Kemudian dihidang la dengan letak semua bahan hiasan mcm gambar SSL tu

Selamat mencuba

pv30/up300420

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!