10 Kegunaan Limau Kasturi Untuk Kesihatan Badan Yang Mudah

10 Kegunaan Limau Kasturi Untuk Kesihatan Badan Yang Mudah | Limau kasturi ni memang banyak kegunaanya dan sememangnya kat rumah ni memang sentiasa ada limau kasturi, limau nipis dan juga lemon.  Limau kasturi tu penting dan penting sebab ianya digunakan semasa membasuh ayam, ikan, sotong dan udang antaranya dan hasilnya ikan dan kesemuanya akan berbau wangi dan tidak hanyir.

10 Kegunaan Limau Kasturi Untuk Kesihatan Badan Yang Mudah
Selain dari tu limau kasturi ni sedap dibuat minuman di dalam cuaca panas.  Mudah je resepinya, ambil 10 - 15 bii limau kasturi, dicuci, dibelah dua dan buang bijinya dan dicampur dengan 2 gelas air, 2 sudu gula dan sedikit garam, dikisar sampai halus kemudian ditapis.  Tuangkan ke dalam jug dan dimasukkan asam boi dan ais. Sedia untuk diminum 


1. Batuk
Dengan mencampurkan perahan limau, kicap, garam dalam sudu dan diminum setiap pagi dan malam.  InsyaAllah batuk akan beransur pulih.

Mungkin boleh dicuba dengan meletakkan bawang putih (tanpa buang kulit), selepas diketuk hingga pecah baru buangkan kulit dan sapu di leher.  Memang berbau tapi resultnya batuk akan berkurangan dan hilang.


2. Demam
Ambil 2 - 3 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. Ubat Ketiak
Siapkan limau yang dicampur dengan kapur sirih.  Setelah selesai mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan seketika sebelum dibasuh.  Lakukan pagi dan petang.


4. Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Kalau ada keberanian boleh la buat tapi pastikan jangan terpercik ke mata.


5. Lelah
Ambil sesudu madu asli dan dicampurkan dengan 5 titik  perahan limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah dan memadai untuk diamalkan seminggu sekali.


6. Ubat menguruskan badan
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


7. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8. Menghilangkan kotoran minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


9. Pewangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


10. Kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama

Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments