Resepi | Daging Cicah Air Asam Utara | Kalau di kampung suami, bila kenduri perkahwinan daging lembu merupakan lauk utama yang disajikan buat tetamu. Seawal Subuh dah berkumpul jiran dan saudara mara yang akan mengambil bahagian untuk sembelih lembu, melapah dan memasak lauk pauk untuk majlis.
Paling best bila mereka membuat sup dari daging yang baru dilapah, memang sedapnya tak terkira. Bukan saja di buat sup, mereka juga tak ketinggalan membuat daging rebus cicah air asam.
Resepi | Daging Cicah Air Asam Utara |
Bahan utama :
500gm daging batang pinang/pejal dibersihkan dan direbus
Toskan dan dihirs halus (seperti dalam gambar)
Nota :
Kalau di bakar pun, sedap dimakan dengan kuah air asam utara ini. Terpulang ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan untuk air asam:
5 batang cili masak
4 batang cili api
2 biji tomato
1 biji bawang besar - dipotong
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2 belacan
2 sudu Kerisik
Garam dan gula sesedap rasa
Cara membuatnya:
- Tumbuk cili masak dan cili api hingga lumat, masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga halus
- Masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong, ditumbuk hingga lumat. Kena berhati-hati kerana bimbang akan terpercik ke muka.
- Keluarkan dari lesung dan masukkan kedalam mangkuk kemudian masukkan kerisik, garam, gula dan digaul hingga sekata.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa..siap!!
selamat mencuba!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!