Resepi Empulur Cempedak Goreng Berlada Dan Proses Membuat Jadi Jeruk

Resepi Empulur Cempedak Goreng Berlada | Haaa..sapa pernah makan empulur cempedak goreng? ◕‿◕ rasanya kalau suruh angkat tangan mesti tak taw kan...dulu saya pun xtak suka sbb yea la waktu muda-muda dulu...tau yg simple dan sedap dimakan je macam maggi..senang dimasak cepat dimakan, pasti ramai yang setuju kan

Hari Sabtu hari minggu lepas rutin ke pasar ternampak pulak cempedak banyak dijual hehe apa lagi semangat nak buat serawa pisang pudar sebab cempedak ni bermusim kan...erkk rasanya sebab kalau bukan musim durian tak dak la cempedak ni kannnnn.. dan akhirnya 2 biji cempedak dibeli fuhh tak murah pun RM20 utk 2 biji.  Dalam otak dok fikir nak buat serawa...nak buat cempedak goreng dan empulur cempedak goreng yang mak selalu buat...haaa ni dia proses dan cara membuat empulur cempedak goreng dan kalau kat kg kami depa panggil puluq cempedak



Resepi Empulur Cempedak Goreng Berlada Dan Proses Membuat Jadi Jeruk

Aturan seperti dalam gambar
  1. empulur yang direndam 
  2. empulur yang dah ditos airnya 
  3. cili tumbuk untuk menumis
  4. empulur goreng sedia dimakan

Proses membuat jeruk dan memasamkan empulur tu mudah jer

Caranya :
  1. Isi cempedak diambil untuk dibuat serawa atau dibuat goreng.
  2. Bahagian dalam kulit cempedak (empulur) dipotong-potong tapi jangan sampai ambil bahagian kulit
  3. Basuh dan masukkan ke dalam bekas berisi air dan masukkan garam kasar. Pastikan empulur terendam hingga air menutupi empulur
  4. Simpan semalaman, buka tudung empulur dan balik-balikkan supaya garam kena rata pada empulur
  5. Letak diluar (suhu bilik) dalam 2 -3 hari dan kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk kalau masih inginkan dia lebih masam
  6. Selepas 3-4 hari boleh lah di toskan seperti mana dalam gambar di atas.
Resepi Empulur Cempedak Goreng Berlada Dan Proses Membuat Jadi Jeruk


Resepi Empulur Cempedak Goreng Berlada

cara penyediaan:-

  • Tumis bahan yang ditumbuk hingga masak.
  • Bila dah masak cili tumisan tu masukkan empulur tu dan goreng sampai kering.  Tambah air sekiranya perlu supaya empulur menjadi lebih lembut dan sebati
  • Masukkan telur dan goreng sampai kering.  Siap!


Masa post kat group family d'hubby ditanya...orang  Kedah memang tak tau pun hehe..tapi yg pasti group family mak yang kat Kuala Kurau tu tau pasal nii hehe.  Cik niece Liez deariescouple pun post kat group WA dia dan terungkai sudah misteri puluq cempedak ni...rupanya resepi org Banjar dan depa panggil ni mandai..oh mandai rupanyaa...huhu.  Kami bukan keturunan Banjar tapi Tok Ayah dah bermastautin kat Kuala Kurau dan memang kiri kanan jirannya adalah orang  Banjar.  Tok Ayah berdarah Siam dan Jawa manakala Tok Mak pulak orang Jawa Batu Bahara. Dah bermastautin di  kawasan Banjar kan so mesti la tauuuu



Post a Comment

0 Comments