HARUS TONTON..FILEM BHARANGI BHAIJAAN

Ni nak story sikit..malam semalam (hari Ahad malam Senin) Leyrafamily nonton filem komedi (tak la komedi sangat kelakar la jugak hehe) Dibintangi oleh Salman Khan (Pawan Kumar Chaturvedi / Bajrangi) membawa watak lelaki yang agak lurus, penyayang dan suami kepada Kareena Kapoor Khan (Rasika) serta pelakon cilik Harshaali Malhotra (Shahida).  

Kisah bermula bila Shahida tertinggal keretapi ketika turun sementara ibunya tertidur.  Kemudian Shahida berusaha utk kembali ke keretapi tp nasibnya tidak baik dan terpisah terus dari ibunya.  Jadi dia merayau ke pekan dan bertemu dgn Salman Khan.  Dia mengekori Salman dan akhirnya dibawah pulang. Pawan berusaha mencari keluarga Munni setelah mengetahui Munni ni org Pakistan setelah dia melihat Munni bersolat di masjid dan menyokong pasukan Pakistan yg memenangi kriket.  Dengan tanpa passport dan visa, Pawan membawa Munni dengan mengharung pelbagai cabaran disebabkan konflik antara negara India dan Pakistan bila mana Munni (Shahida). Nasib baik ada Chand Nawab, penulis berita di stesen tv Pakistan. 

Macam biasa Salman atau mana2 pelakon mesti ada part gaduh2 kan...harus ada tapi kali ni cite ni tak dak yg seksi meksi sama la jugak si Kareena tak pakai seksi pun tp mmg cite yang menarik ditonton dengan family dan pastikan sediakan tisu okayyy

Setelah diselidiki, digoogle laa rupanya filem ni depa keluarkan waktu Aidil Fitri. 



Jom layann...

Post a Comment

0 Comments