Novel Hanya Ada Kamu - Naz Areesya Ameen

Novel Hanya Ada Kamu - Naz Areesya Ameen | Kisah cinta diikat dengan ikatan suci namun menjadi rahsia dari pengetahuan ibu tersayang yang cukup memeritkan namun perkahwinan masih mendapat persetujuan dan pengiktirafan dari si ayah.  

"Kadang -kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang. Sebab yang kita sayang-sayangkan itulah menyeksakan hati kita" ~ Altisya



"Kitalah yang akan memburu dan mencipta bahagia itu Isya.  Yakinlah dengan cinta abang" ~ Mukhriz



"Isya, apa sahaja yang awak hadapi, ingatlah bahawa saya akan selalu bersama awak.  Andai awak tak nampak saya di depan mata awak, tolehlah ke belakang, saya akan selalu disini" ~ Hedzri


Novel Hanya Ada Kamu - Naz Areesya Ameen
Novel : Hanya Ada Kamu
Penulis : Naz Areesya Ameen
bil m/s : 540
Penerbit : Buku Prima

Sebuah cerita cinta yang pertama yang simple dan indah.  Tidak terlalu menyesakkan jiwa yang akan membuat pembaca mengalirkan airmata.  Sesungguhnya cinta yang ikhlas pasti akan memenangi walau apa pun dugaan serta cubaan.  Watak Altisya yang sungguh keMelayuan serta penuh kecintaan terhadap suami walau ada kala sangat baran dek cemburu.  Watak Mukhriz sebagai anak yang sungguh taat kepada ibu bapa serta suami yang sangat menyayangi isteri.  Pergolakan serta tekanan apabila perkahwinan terpaksa dirahsiakan namun diteruskan dek kerana cinta.  Hedzri suatu watak yang sungguh menarik dengan peribadi yang pasti mendebarkan wanita dengan wajah segak, kecekapan memasak dan bijak mengambil hati wanita ditambah pula punya pengalaman dan pernah bergelar sebagai seorang suami. Beliau bijak serta tidak terburu-buru walau telah jatuh hati pada Altisya.

Konflik jiwa lebih kepada Mukhriz kerana bak diluah mati mak ditelan mati bapak serta kegilaan siibu yang hendakkan anaknya mengahwini adik sepupu sendiri yang keterlanjuran dengan satu-satunya adik lelakinya.  Kasih sayang yang tiada belah bagi membuatkan Mukhriz dan Altisya berkahwin secara rahsia kerana Tuan Balha sebagai ayah membenarkan anak bujangnya dan membuat perancangan untuk perkahwinan mereka kerana dia tahu pasti satu hari nanti isterinya Puan Hamimah akan terbuka hati menerima Altisya sebagai menantu. Sungguh menarik bila watak Puan Arfah ibu Altisya sesungguhnya wanita yang sungguh mulia


"Bercerai kasih bertalak tidak, seribu tahun kembali jua"

Akhirnya cinta milik mereka dan sesungguhnya benih cinta mereka sedang subur untuk meraikan mereka. Sweet sungguh!

17/080820

Post a Comment

0 Comments