Perubahan cuaca panas dikatakan akan berlanjutan sehingga bulan March 2016!
Moh kita cuba petua untuk kita selesa dan sihat walau panaih baq hang gitu (◕‿◕✿) dan mengelakkan kita berdepan dengan masalah kulit kering dan mudah jatuh sakit selain itu kita kurangkan aktiviti diluar rumah untuk mengelakkan mengelakkan kekeringan air dalam badan atau dehidrasi
- Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jika cuaca terlalu panas, tidak ada salahnya anda menambah pengambilan air lebih dari lapan gelas untuk mengelakkan tubuh badan anda mengalami dehidrasi. Apabila dehidrasi berlaku, tubuh anda akan mula letih dan mudah mendapat demam panas.
- Pastikan anda mandi tiga kali sehari untuk memastikan tubuh badan segar sepanjang masa. Memandangkan cuaca yang terlalu panas, adalah lebih baik anda menggunakan sabun yang tidak mengeringkan kulit seperti sabun yang mengandungi kandungan minyak zaitun atau vitamin E.
- Perbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengekalkan cecair di dalam tubuh anda. Elakkan mengambil banyak gula, makanan ringan, kentang goreng, keropok dan sebagainya secara berlebihan kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi dan kekeringan kulit tanpa sedar.
- Dapatkan juga tidur yang mencukupi pada waktu malam. Hal ini kerana, tidur yang cukup membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!