Preview Zoo Negara ambil peluang nak tengok Panda

Dah lama tak melawat zoo ni kan...so elok gak dapat jemputan ke preview Zoo Negara pada 14 Jan 2016 yang lepas...almaklumlah kan Zoo Negara dah semakin sepi dan rata2 akan kata ala sama jer bintang yg ada tak de yg special pun kecuali si Panda yg sgt mengundang kontrovesi..

SSL dapat jemputan untuk preview ni umpama pucuk dicita ulam mendatang bila bahagian promosi Zoo Negara menjemput para travel agent secara exclusive ke preview pada 14 January 2016 hari tu jugak berpeluang melihat Feng Wa dan Feng Yi serta anak panda tanpa nama tu serta haiwan lain la jugak kan

So macam biasa pepagi keluar rumah antar lauk tenghari kat rumah mak dan terus ke ofis, buka ofis, pasang aircond, kipas hehe dan tunggu budak praktikal si Farah yg akan ikut serta SSL.  Dalam jam 0900 terus drive ke Zoo Negara..sampai jer kat sana...alamak no telefon budak promosi tu dh tertinggal sbb tadi tukar planner book adusss...nasib baik ada Hidayah sorg lagi budak praktikal so mtk dia carikan..dan no terus didail dan disambut dgn cik Eyka dan terus cari parking yg redup hehe mana ada wehh...cuma dpt parking yg dekat jer. 



Awal nau kan..tak de la agen yg lain..so register dan lepak utk cup of hot lemon tea sementara tunggu dipanggil utk briefing dan acara seterusnya dan katanya dalam jam 1015 we will start the preview.

Dalam dok duduk tu tgk ramai gak yg datang pepagi ni..Pak2 Arab dan isteri dan isteri-isteri hehe, ramai jugak student..rasanya sekolah dr Singapore kot dan ada jugak org kita yg dtg time camgini.

So around 1015 semua TA dah hadir dan dengar quick briefing sebelum tour bermula.  

Zoo Negara sekarang dalam proses pembinaan dan menaiktaraf utk orang ramai dan dijangka selesai dalam pertengahan tahun 2016 so sekarang kalau melawat tu kurang menarik la sbb show pun buat kat kawasan yg kecil dipanggil mini show dan rasanya boleh muat 100 orang atau kurang dengan seating yg terhad dan kalau semua size my SSL ni mau muat 50 atau kurang kot hahaha


Masuk sini selepas melawat kat luar utk lebih sejuk hehe

Mini Show yang sangat mini tapi layan dengan bird show
Nak dijadikan cerita waktu selesai preview tu cuba hidupkan engin kereta nak balik ofis tapi tak boleh...berkali2 cuba tak boleh jugak..akhirnya call la dhubby yang bertungkus lumus datang dan beli bateri...bila pasang besar pulak bateri..pergila pulak ke kedai nak tukar tapi katanya no problem boleh guna sebab bateri jenis kering ni mmg besar sikit..jenuh lah jugak nak pasang tu dan Alhamdulillah boleh ler guna..hehe

Post a Comment

0 Comments