Resepi Cauliflower Soup Aka Sup Kobis Bunga Yang Lazat Memikat

Resepi Cauliflower Soup Aka Sup Kobis Bunga Yang Lazat Memikat | Hari ni nak share sup favorite yang dah bertahun2 diminati gituuu..bermula lebih kurang lebih kurang 20 tahun sudah makan kat kedai nama Backofen kepunyaan Amy terletak kat Ampang Point. Restoran yang menyajikan makanan western ni terletak di deretan rumah kedai dan memang wajib kunjung selepas makan tengahhari waktu kerja dengan STAR LRT. Kat situ ada Delifrance yang cukup popular dan kedai Amy ni memang wajib singgah bila lunch dengan boss dan bukan saya saja tapi sesiapa staff pasti Erwin akan bawa kami untuk coffee time kat situ. Bukan setakat kopi tapi siap makan roti dan sup lagi...mana staff tak banyak lemak kan!

Those were the years! rindu time ni...time muda dan jalan tak la sesesak skrg dan yang pasti boss bangsa German tu is the best ever! macam bapak sendiri dan panggil saya dengan panggilan binti hehe sebab explain kat Erwin yang binti tu bermaksud anak perempuan so kiranya saya  ni anak perempuan dia la..org lain tak dibenarkan panggil saya sebegitu..

Eh...nak cite pasal resepi dah terlajak sudah..haha.  Nanti kita sambung naaa

Cite pasal sup cauliflower yang sedap ni meh cuba resepi buatan sendiri ni sbb Amy cakap kalau nk makan pi kedai dia tp dia pun dh lama pindah ke Berlin nak cari kat mana lagi kan ;(


Resepi Cauliflower Soup Aka Sup Kobis Bunga Yang Lazat Memikat


Bahan-bahan:-
2 sudu minyak zaitun, 3 sudu mentega, 3 batang leek dipotong dalam 1 inci, 1 ketul bunga kobis, dipotong kecil2, 2 biji kentang, dibasuh dan di potong ikut suka, 3 ulas bawang putih yang dipotong kecil, garam dan lada hitam.  Sebaiknya lada hitam biji yang ditumbuk halus, 2 cawan fresh milk, daun parsli pastikan English parsli ya baru sedap.


Cara membuatnya :
  • Rebus bunga kobis, leek dan celery, juga kentang dalam periuk berisi air sampai lembut.  Sejukkan dan kemudian kisar.  Saya suka letak parsli dan dikisar sama jadi warna sup tu nanti tak putih tapi sikit kehijauan gitu.
  • Panaskan periuk dengan api sederhana, masukkan minyak zaitun dan mentega, masukkan bawang putih hingga naik bau.  
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan renih sambil kacau bila perlu supaya tak meletak kat dalam periuk, masukkan lada hitam dan teruskan merenih sup tersebut. 
  • Masukkan susu cair dan kacau. Tambah garam secukup rasa naa.   Sesetengah orang bubuh cream tapi saya buat masakan ikut apa yang ada jer..janji sedap dan letak serbuk buah pala supaya dia pekat tapi jangan terlalu banyak.
  • Tutup api dan biar sejuk sikit dan boleh la dihidangkan


Waktu nk hidang..buat ler macam saya letakkan sedikit English parsley dan layan keenakannya tuu..


Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments