Hari tu d'hubby tag kat FB resepi Dendeng Daging katanya...dah la tag pastu siap tanya lagi kot-kot saya tidak mendapatnya. Bila d'hubby tag dan bertanya tu bermaksud dia nak kita buat la tu kan. Selepas sekian lama, menjadilah daging dendeng yang sedap ni.
Daging Dendeng atau Dendeng Daging berasal dari Perak dan ada pelbagai resepi yang berbeza tapi buat kali ini saya cuba resepi yang ditag ya. Selalunya resepi yang diletakkan kicap dah macam daging masak hitam pun ada. Bila digoogle, resepi letak kicap ni macam masakan Jawa. Dulu pernah masak daging seakan masak daging dendeng ni tanpa letak kicap tapi letak cili api extra..memang berpeluh tapi sedap. Tak kisah la kan. Janji daging dendeng ni dah siap dan sedap!
Resepi Daging Dendeng Memikat Selera Mudah Dan Paling Sedap
Menurut empunya resepi daging dendeng ni sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat. Tapi kalau musim Raya boleh la atau terlebih rajin tanak pulut, jadinya nasi putih panas-panas dengan daging dendeng ni pun dah buat kami makan bertambah.
Resepi Daging Dendeng Memikat Selera Mudah Dan Paling Sedap |
Bahan-bahan
1 kilo daging lembu5 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
Kicap lemak manis
Kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
3 helai daun limau purut
Kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
3 helai daun limau purut
1/2 sudu kecil pes asam jawa
Air rebusan daging
Bahan Tumis (Dikisar)
4 batang serai, dipotong pendek
3 biji bawang besar
5 - 6 ulas bawang putih
1 inci halia,
5 - 6 ulas bawang putih
1 inci halia,
Cara Memasak
- Rebus daging lebih kurang ½ jam, toskan dan biarkan sejuk sebelum dihiris nipis. Tumbuk dan ketuk daging menggunakan lesung batu tapi jangan sampai hancur.
- Goreng daging yang telah ditumbuk seketika tapi jangan terlalu garing atau hangus. Angkat dan ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, tumis serai yang diketuk hingga naik wangi dan masukkan bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili merah kisar dandaun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan air rebusan daging, kicap manis dan pes asam jawa serta gula dan garam secukupnya.
- Bila sudah pecah minyak, masukkan daging yang telah ditumbuk dan digoreng tadi, pastikan api sederhana, direneh hingga kering. Tambah air rebusan daging sekiranya terlalu kering. Siap!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!