Alkisah nak settle ikan tangkapan Koh Adang...

Dah berapa hari tak menulis ni walau berkobar2 kot tahun 2016 ni nak penuhkan blog dengan cerita..pengalaman..tauladan...kisah dia..kisah kita..kisah yg mengisahkan hehe adeehh dah mereng pulak cheq ni kan..

Nak menulis tapi disebabkan kesihatan tak berapa sihat so simpan jer la apa yg nak cite.  Alhamdulillah dah agak sihat lepas jumpa doktor semalam tp not fully fit sebenarnya sbb masih terasa purging aka stomach disorder gitu. Ok then bout my mild sickness tu..ni nak cite pasal cerita hari ni.

Hari Jumaat lepas kan hubster balik dari Koh Adang so minggu ni masakan pun hanya berasaskan ikan laut jer la..yg pasti segar dan terbaik

ikan baracuda atau ikan kacang dimasak lemak cili api campur timun kuning...mmg sedap walau tengok rupe ikan tu sebelum disiang mmg agak gerun pun... Nak resepi masak lemak cili api? klik sini

tapau pack untuk Ayong hari ni..mcm biasa nasi dengan sambal kelapa dan ikan talang grill..sedap katanya..ermmm.  Mesti la sedap kan sebab Ummi dia masak dengan penuh kasih sayang ahaksss.  sila jangan kecam haha.  Nak resepi sambal kelapa? klik sini

Menu hari Isnin : Ikan talang masak cuka, not bad tapi rasanya kalau 2 hari dalam masak cuka tu pasti lebih sedap sbb ikan talang ni tawar hebior kata org peghok so masak cuka la yg terbaik.  Kalau lagi terbaik kita buat ikan masin..siapa pulak nk menjemur ikan tu..silap hari mmg tinggal bekas jer la dan ikan ghaib hehe.  Nak resepi ikan masak cuka utara? klik sini
Menu hari Ahad : Ikan kerapu masak masam manis..mmg manis la kan ikan baru naik ke darat tp ikan kerapu ni besar so kalau ikan besar2 ni isi dia agak keras tp manis...not to worry sbb kami2 ni xguna gigi palsu so masih boleh kunyah la..haha.  Nak resepi ikan masam manis? klik sini


Menu hari Sabtu..keke ni la menu paling malas sebab pepagi dah  join d'hubby gi laundry  kat Laundry Bubble Arcade kat Rampai Business Park...bersungguh cheq ni promote sbb washer dia 15kg dgn dryer 20kg tp hampeh...sampaikan d'hubby cakap lain kali tok sah dah cari laundry lain selain kat Laundry Bar yg selalu dia pergi..huhu.  Dah split baju pun tak kering...langsung tak panas kain baju tu and end up dia pi balik ke Laundry Bar kat Section 2 tu untuk keringkan baju...bertambah kos kan!!!  Konon ada masalah call atau message kat emergency no yg depa lekat kat dinding kedai dobi tu...dh message..haram till today tak balas mende pun not even minta maaf ke hapa ke.  Then we means me, dhubby and the 3 girls ke Pasaraya Hero untuk dry marketing and had late breakfast kat Restoran Al Kader so mood memasak pun ke laut la kan..hehe.  Nak resepi asam pedas ala mak kita? klik sini



Post a Comment

0 Comments