Hari ini 03 Ogos 2016, bersamaan 29 شوال 1437 , hari terakhir شوال melangkah pergi meninggalkan kita. Semoga kita dipertemukan dengan bulan رمضان dan bulan شوالl yang akan datang. Insha Allah.
Salam silaturrahim di hari terakhir Aidilfitri 1437H
.. Buat keluarga
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya
.. Buat Yang Tersayang
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu
.. Buat Kawan-Kawan
Maaf Kalau Saya Ada Silap & Salah, Sengaja maupun Tak sengaja
.. Buat Sahabat
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah
.. Buat Yg Tak Sependapat
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu
.. Buat Yg Sayang Pd Saya
Saya Juga Sayang Pada Kamu .. bahkan lebih lagi..
.. Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar...
.. Buat Yg Tak Kenal Saya
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Dekat Contact anda...
Terima Kasih Semua Sebab Kalian Semua Sudah Ada Dalam Hidup Saya
Sepuluh jari disusun memohon kemaafan seandainya ada coretan yang menguris hati dan terkasar kata dan Selamat Hari Raya Minal Aidin Wal Faizin Mohon Maaf Zahir dan Batin Semoga kita berjumpa lagi di bulan رمضان serta bulan شوال yang akan datang. Insyallah
Taqabbalallahu mina wa minkum
Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri kita sendiri....
Semoga kita dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi di رمضان serta شوال yg akan datang...
آمِينْ... آمِينْ..يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Maaf Zahir Dan Batin
Selamat Datang Bulan ذوالقعده
Bulan Zulkaedah ذوالقعده diambil daripada perkataan"qa'ada" bererti untuk duduk, waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab. Umat Muslim mulai menghentikan aktiviti perniagaan untuk duduk dan bersiap menunaikan ibadah Haji
Bulan Zulkaedah ذوالقعده adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.
Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.
Live Life to the fullest
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!