Teringat dulu zaman sekolah dulu..kalau tak silap 2 kali kot SSL masuk perarakan untuk hari Kemerdekaan..penuh rasa bangga(#‵′)..rasa megah (¯▽¯;) walau kena bangun pagi giler..gelap lagi dah sampai Padang Kelab Selangor sekarang ni dipanggil Dataran Merdeka la ya anak2 sekelian hehe.
Sememangnya terasa suram o(≧o≦)o dan keterujaan sambutan ni macam kelaut jer. Mungkin sebab faktor usia ●﹏●..dan lain2 faktor yang dok terjah kat batu jembala beta ni..hahaha
Ok la..ni SSL nk share untuk koleksi ya pelbagai logo tahun kemerdekaan Malaysia dari tahun 1992 hingga ke kini..eh kenapa dari tahun 1992? tahun2 sebelum tu? pandai-pandai la korang google ya. SSL ambil logo sejak 1992 sebab tahun tu la tahun SSL masuk ke sekolah menengah bila mana bila menjelang 31 Ogos terasa teruja, seronok, berkobar2 perasaan tu dan tahun2 yang kalau boleh nak diulang semula..mana mungkin kan.≡(▔﹏▔)≡
Apa2 pun buat d'hubby yang kena bertugas esok tu dan tak balik rumah hari ni..be safe..dan jumpa esok ok..luv ya darling!
Add caption |
2015 - 2016 - 58 & 59 > sehati sejiwa |
2014 ke 57 > Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta |
2013 ke 56 > Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku |
2012 ke 55 > 55 tahun merdeka-janji ditepati (ditarik balik) |
2011 ke 54 > 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera |
2010 53 tahun1 Malaysia: Menjana Transformasi |
2009 / 52 tahun 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2008 ke 51 > Perpaduan Teras Kejayaan |
2007 ke 50 > Malaysiaku Gemilang |
2000 - 2006 Keranamu Malaysia |
1999 Bersatu ke alaf baru |
1998 Negara kita Tanggungjawab kita |
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya |
1996 Budaya Penentu Kecapaian |
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan |
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1993 Bersatu Menuju Wawasan |
1992 Wawasan Asas Kemajuan |
1991 Wawasan 2020 |
1990 Berjaya |
1989 Bersatu |
1988 Bersatu |
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju |
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh |
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan |
1984 Amanah Asas Kejayaan |
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan |
1992 Berdisplin Giat Maju |
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!