Patahnya Sebelah Sayap drama lakonan Ummi Nazeera yang cukup memainkan emosi penonton. Menurut Harian Metro drama ini mendapat rating lebih 4.5 juta tontonan di episod akhir pada 24 Oktober lalu.
Drama yang ditayangkan di slot Samarinda TV3, pada hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam ini menggandingkan Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam. Wawa Zainal turut membintangi drama ini tapi cuma sekejap.
Memang geram dengan watak Izzue Islam yang cukup menjadi watak jahatnya dan Aeril Zafril dengan watak bos yang suka mengena pekerja dan Ummi Nazeera berlakon jadi seorang yg penyabar dan a good comeback setelah sekian lama menghilang.
Lagu Hancur Aku menjadi OST Drama Patahnya Sebelah Sayap nyanyian Estranged feat Fazura dan boleh ditonton di youtube.
Lirik Lagu Hancur Aku
Apa khabar, teman, ku perlu bicara
Kerna aku hilang tanpa kamu
Apakah ertinya kesemua ini?
Ku merindukan kehadiranmu
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Apa khabar, teman, kutunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya kesudahan ini?
Sepatutnya kau rindu kehadiranku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Bila engkau tiada (Bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku
Bila teringatkanmu (Ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkanmu (Hancur aku)
Hancur aku
Hancur aku
Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap
Drama Patahnya Sebelah Sayap adalah tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar.
Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang penguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan.
Kerana komited dan fokus bila menjalankan kerja, Amzar berjaya memenangi kes pertama yang dibicarakan. Amzar meraikan kejayaannya itu bersama Alisha di sebuah kedai makan. Amzar juga tidak melepaskan peluang untuk melamar Alisha. Alisha yang masih teruja dengan kejayaan yang baru dikecapi Amzar terus menerima lamaran itu.
Dalam perjalanan pulang selepas meraikan kejayaan Amzar, mereka berdua bergurau senda dalam kereta Alisha yang kebetulan waktu itu dipandu oleh Amzar. Tiba-tiba ada sebuah kereta hampir melanggar mereka dari arah bertentangan. Amzar cuba mengelak tetapi dia pula yang terlanggar sesuatu. Kerana hujan yang sangat lebat ketika itu, Amzar dan Alisha tidak nampak apa yang dilanggar. Amzar akhirnya turun dari kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya. Bila dia kembali semula ke dalam kereta, Amzar berdalih mengatakan dia terlanggar sebuah tong besar.
Satu hari ketika Alisha sedang membelek surat khabar, dia terbaca sebuah artikel tentang satu kes langgar lari. Kejadian itu berlaku pada waktu yang hampir sama ketika dia dan Amzar terlanggar sesuatu. Hati Alisha mula tidak sedap, dia yakin insiden itu ada kaitan dengan mereka.
Belum sempat dia berbuat apa-apa, datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah Alisha dan menahannya. Alisha dituduh sebagai suspek utama kes langgar lari tersebut. Mula-mula Amzar berjanji untuk membela Alisha tetapi bila kes mula dibicarakan di mahkamah Amzar tidak bersuara dan membiarkan Alisha bersendirian menjalani tempoh hukuman dua tahun yang dikenakan ke atasnya.
Selepas Alisha dibebaskan, dia bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi lakonan Aeril Zafrel. Sebenarnya Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari insiden dua tahun lepas. Namun hal itu langsung tidak diketahui Alisha.
Dan bermulalah pelbagai kisah suka dan duka buat Alisha.
Bagi sesiapa yang tak pernah menonton drama ini, memang umi recommend sangat dan drama 5* yang penuh emosi dan airmata.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!