Panduan Waktu, Masa dilarang Bersolat

Ulama berbeza pendapat mengenai bilangan waktu dan masa yg dilarang bersolat dan jenis solat yg dilarang dikerjakan.  Kekeliruan timbul bila kita tidak mendalami permasalahan khilaf dikalangann ulama Islam.  

Imam al shafie berkata larangan bersolat sunat sepert sunat ihram, istiharah, sunat mutlak dan sunat tasbih dan bukannya solat fadhu, qada dan solat seperti solat jenazah, solat nazar, solat sunat wuduk, sujud tilawah, sujud syukur, solat gerhana dan minta hujan.

Waktu yang dilarang adalah:
  • Waktu syuruk selepas Subuh hingga terbit matahari
  • Sesudah terbit matahari hingga tinggi dari langit kira2 7 hasta pada pandangan mata
  • Waktu rembang ketika matahari membuat sudut tepat 90 darjah hingga gelincir kecuali hari Jumaat
  • Ketika ternampak warna kekuningan cahaya matahari hingga jatuh atau hilang matahari
Waktu syuruk iaitu 28 minit selepas Subuh ketika matahari baru naik ke langit. Seperti Subuh dari 5.35 pagi hingga 7.05 pagi.  7.05 pagi hingga campur 28 minit= 7.33 pagi atau dari jam 7.05 pagi hingga 7.33 ialah waktu syuruk.

Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.  Rasullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai solat org yg menyembah matahari.

Jika kita terbangun dari tidur pada jam 7 pagi dan ingin menqqadakan solat Subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu

Waktu zawal/Istiwa/remah iaitu matarahari berada pada paras tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita.  Waktu inilah api neraka sedang mengelegak dan syaitan berkeliaran.  Waktu ini panjangnya dalam 5 - 10 minit sebelum waktu Zuhur

Waktu fadilat/afdal solat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20 minit selepas waktu azan.  Pahala yang besar diberikan kepada orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali Isyak, afdalnya ialah spertiga malama sesudah azan hingga 1030 malam.

Semoga kita beroleh pahala dan menghindari dosa


 

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Waktu-waktu yang diharamkan solat
Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit

2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat, (waktu yang lima) terbahagi kepadadua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkanuntuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

 

 

Post a Comment

0 Comments