Assalammualaikum wbt
Doa Akhir Tahun dibaca 3x selepas waktu Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib diakhir bulan Zulhijjah.
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebutditerima oleh Allah Ta’ala.
Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas selesai waktu Maghrib menandakan masuknya 01 Muharram
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
Hari ini 01 Oktober 2016 adalah hari terakhir dalam tahun 1437 dan selepas Maghrib nanti akan masuk tahun baru Islam, 01 Muharram 1438 dan semoga kita terus sihat untuk beramal dan diberkatiNya.
Sempena masuknya tahun baru jom kita terus beramal dan berdoa semua dosa kita diampunkan dan berdoa semoga kita dijauhkan dari hasutan syaitan untuk hari-hari mendatang dan selamanya.
Doa Akhir Tahun dibaca 3x selepas waktu Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib diakhir bulan Zulhijjah.
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebutditerima oleh Allah Ta’ala.
Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas selesai waktu Maghrib menandakan masuknya 01 Muharram
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
Semoga kita terus diberi rahmat dan diberkati serta menjadi umat Islam yang diredhai. Aamiin
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!