Salam takziah buat kelurga Amelia Elena teman baik Kak Cik Nur Iman yang telah menemui penciptaNya petang tadi 02 Nov 2016...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Semoga ibu dan ayah serta keluarga Elena tabah dan sememangnya itu yang terbaik untuknya..
Amelia Elena kawan sekelas Kak Cik di Sek Ren Keb Taman Seri Rampai ni menghidap leukimia diusia 15 tahun..tak sempat menduduki PT3 kerana sakitnya dan kini tidak sempat menduduki SPM yang akan bermula minggu depan. Umi pernah menghantar Elena pulang ke rumah penjaganya di Taman Rejang, budak yang sweet, anak bongsu dari 5 beradik. Rajin juga KC Iman bercerita pasal Elena walau di SMK walau Elena bersekolah di SMK Setiawangsa. Tadi lepas tuisyen di Ilmu Studio, dhubby msg nak bawak KC Iman ke Bkt Antarabangsa untuk menziarah...Umi pun dah terlena dan tak sedar jam berapa diaorang balik.
Semalam pun kawan sekolah bagitau Umi yang kawan sekolah Umi, Rostam Jamal meninggal semasa main futsal..Begitu la ketentuan Allah swt...kita akan pergi juga suatu hari nanti..Pasti
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!