Assalammualaikum wbt
Makin ramai bercakap..bercerita kat laman sosial perihal Supermoon ni yang dijangka tiba lagi hari ini 14 November dan kali ni lebih besar dari yang dilihat pada 26 Januari 1948! Patut la Umi tak kesah dulu kan sebab belum lahir lagi hehee. Sebelum ni, fenomena ni pernah berlaku pada 6 Mei, 23 Jun, 10 ogos dan 28 September tapi biasa-biasa jer sebab tak super gitu.
Fenomena ni akan mula kelihatan pada pukul 7.24 malam dan akan berada dalam fasa penuh pada pukul 9.54 malam.
Jom kita ramai2 saksikan kebesaran Illahi ini..mungkin hanya kali ini kesempatan kita kalau tak kena tunggu 18 tahun lagi..sempat kah..erkkk
Sebenarnya nak tengok Supermoon waktu malam hari kalau rumah kat bandar Kuala Lumpur ni cuma boleh dengar, boleh tengok kat tv atau kalau nasib baik tengok kat luar rumah tapi feel tu tak de sebab lampu2 jalan, lampu2 bangunan pun dah terang sakan tak macam duduk kat kampung...boleh tengok bintang dan kalau fenomena Supermoon pasti lebih seronok tak perlu guna binocular bagai kann.
✔Supermoon berlaku apabila kedudukan Bulan berada paling hampir dengan Bumi membuatkan Bulan kelihatan berkali geada lebih besar dari kebiasaanya dan lebih cerah
✔Supermoon 2016 kali ini dikatakan adalah yang terbesar dan paling dekat dalam sejarah..
✔Fenomena Supermoon dijangka akan berlaku lagi..18 tahun akan datang
👥 Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin ini iaitu esok.👥
🌍Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.🌍
🌕 "Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa 🌕.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 ㏘ dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 ㏘
"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon. -Bernama
Teringat pulak cerita Love, supermoon lakonan Farid Kamil dan Nadiya Nissa..^^
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!