Udah kenapa la tak tersedar walhal nak berpuasa tu... | Semalam dah berkobar-kobar nak sambung puasa..tetiba terlanjur (ishhh ayat xrated pulak dah..harap tak de yg tersinggung..^_^ terlajak bangunnya..bukan sebab penangan drama Umairah tak jugak sebab main game Pets..dh lama tak tengok pets sekelian haha tapi tu la lena diulit mimpi..haha mimpi la sangatkan..so tak ler jadi puasanyerrr. Jenuh jugak fikir kenapa la tak tersedar sampai la ni..haha
Tapi yang pasti..nasib baik tak lupa keluarkan apa yang patut untuk dimasak pagi tadi kalau tak haishh tak berasap la dapur..bila tak berasap maknanya tak de lauk untuk makan tengahhari buat si applepie dan pumpkinpie yg cuti peristiwa sokmo ...ayat manis untuk ponteng.
so hari ni Umi nak letak resepi...tak de istimewa mana pun tapi di antara hasrat aktif blogging ni untuk kongsi resepi untuk anak²..cucu² dan kot² la ada yang berminat (‵^′). Umi bukan la pandai memasak tapi tetiba suka nak memasak sejak anak² dah semakin membesar ni..tu yang punca Umi pun semakin membesar jugak (◕‿◕)
Menu Pertama : Masak Lemak Putih Sayur Turi
Masak Lemak Putih Sayur Turi aka Geti ni sejenis sayuran tradisional, mudah tumbuh dan dikatakan boleh menghilangkan kegatalan hidung, akarnya pula direbus untuk mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.
Nak tahu lebih lanjut klik SINI. Kalau dah buat masak lemak kenalah buat sambal belacan yang sememangnya regu masak lemak putih.
Pucuk turi atau ada yang panggil geti ni |
Bahan-bahan:-
1 biji ubi keledek merah atau putih kalau dh tak yang merah tu
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih - diketuk
1 ikat pucuk turi, ambil yang muda, digulung (sila rendam dalam air garam untuk pastikan ulat tak melekat ya)
1 batang cili kering, dikerat sepanjang 1 inci
2 biji cili api, dikerat dua (utk rasa pedas² sikit)
Cara-caranya:
Ubi
keledek tu dibuang kulit dan dipotong kiub, direbus didalam periuk
berisi air..lebih kurang sama aras dengan keledek. Bila dah nampak
hampir lembut, masukkan bawang merah yang dihiris, bawang putih dan cili
kering serta ikan bilis (Umi tak letak ikan bilis), kacau sekejap dan
kemudian masukkan daun pucuk turi. (Jangan lupa buang air garam yang buat rendaman pucuk turi tu). Bila daun tu dah
nampak layu, masukkan santan cair dan dikacau sampai kuih mendidih sikit, pecahkan sebiji telur, kacau lagi dan akhir sekali masukkan santan pekat, kacau dan biar dalam 2-3 minit dan tutup api.
Kemudian baru Umi letak garam secukup rasa.
Mudah kan ( ̄︶ ̄)
Menu kedua : Sambal Tumis Telur
Sambal Tumis telur ni kalau makan dengan nasi panas pun dah cukup bagi Umi tapi en dhubby pulak kalau tak de kuah boleh tercekik katanya haha..
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!