Selamat Datang December..bulan terakhir 2016

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..hari ni bermulanya Disember bulan terakhir dalam tahun 2016.  Syukur kita masih dapat menikmati hari ni..pagi ini..tak pasti pulak esok tapi apa2 pun be positif dan aktif (^^).  Semoga segala urusan kita dipermudahkan dalam segala urusan didunia dan diakhir serta diberkatiNya dalam melangkah ke 2017 yang bakal menjelma dalam 30 hari lagi..Insya Allah

#tb days in Berlin
apa2 pun Disember kali ni tak pasti kalau dapat bercuti ke mana2 sebab dhubby sejak November turun naik istana..bermula Istana Negara ke Istana Anak Bukit utk rakaman Yang Dipertuan Agung ke 14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan mulai semalam berkampung di Kelantan Darul Naim untuk rakaman YDP ke 15 Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra).  Buat dhubby bila ke Kedah tu dah mmg balik kampung la jugak dan bila ke Kelantan tu pun kampung dia jugak haha.

Nampaknya kenduri kendara kat kampung atau yang jauh dari KL atau Selangor tu boleh kirim salam jer la sebab tak seronok pergi kalau tanpa dhubby kan dan buat sigadis manis Nur Iman yang telah selesai menduduki SPM ni haaa boleh la makan tidur..makan tidur kan..payback time katanya tp kena payback time nak tolong Ummi kat dapur...hmmm entah lerr



sedih katanya sebab semalam 30/11/16 hari terakhir pakai baju seragam dan titik permulaan perubahan hidup untuk dia dan rakan2..semoga terus maju dan berjaya sayang!

Dh berapa berhari2 craving sangat nak makan nasi kerabu dan tadaaaa pagi tadi dah dapat..nasi kerabu ni mmg terbaik..sedap dengan lauk ikan salut tepung yang sangat2 awesome.  Kalau sesiapa nak beli dan duduk area Wangsa Maju atau Keramat atau yang berdekatan cuba cari gerai ni berhadapan Hospital Tunku Azizah (seberang jalan sebenarnya) lebih tepat di tempat orang jual durian di Rampai Business Park..seriously mmg sedap sedap sayuran dia tu ada bunga kantan yang menyedapkan nasi ulam biru dia tu. Highly recommended!

Add caption

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!