4 Petua Mudah Menghilangkan Mata Panda | Salam #MCO ! Tak kisah la kita ni kerja apa, penulis atau pelajar atau
juga ibu/bapa yang berjaga waktu anak tidak sihat atau mungkin juga seorang
doktor yang kerja ikut syif atau apa-apa jer yang membuatkan kita kurang rehat,
kurang tidur sampai menyebabkan badan kekurangan air, tidak cukup vitamin atau
terlalu letih adalah antara sebab membuatkan mata kita nampak layu. Ada yang lebih teruk dan kesan dilihat seperti lingkaran hitam di bawah mata
atau sekarang ni netizen panggil mata panda.
Buruk? hehe selalunya nampak sangat buruk tapi bagi sesetengah wajah mata panda ni nampak menarik...ye ke? tapi kalau kita sendiri tengok memang tak lalu pun bila tengok lingkaran hitam macam kena tumbuk tu hehee
Ok, jom cuba 4 petua mudah menghilangkan mata panda dari bahan yang cukup muda untuk didapati. Mungkin akan mengambil masa tapi yang pasti bahan-bahan yang digunakan ini tiada side effect, jadi why not?
1. Garam
Rendam kapas dalam air larutan garam. Seelok-eloknya air
suam kerana mampu memberi kesegaran pada mata.
Letakkan kapas yang direndam dalam larutan air garam ini beberapa minit
dan pasti dapat melihat kesannya selepas tu
2. Timun
Cara ni memang paling popular, selain elok dimakan mentah,
timun juga bermanafaat untuk kesegaran mata.
Ia mampu mengurangkan bengkak kulit dan menyegarkannya. Kandungan nutrisi dalam timun mampu
mengecilkan pembuluh darah.
Hiris timun nipis dan letakkan diatas mata dan rehat
seketika dan rasai kesejukan dan kesannya.
Lakukkan secara kerap untuk kesan yang lebih cepat.
3. Teh
Ni antara cara yang paling mudah sekiranya kita pengemar teh
dan selalu buat teh. Jangan buat uncang
teh yang telah digunakkan tu dan sebaik2nya ialah teh hijau. Kafein dalam teh akan menyempitkan pembuluh
darah. Celup uncang tersebut kedalam air
panas dan biarkan sejuk seketika sebelum diletkkan atas mata. Kesannya akan mampu mengurangkan lingkaran
hitam dan kulit lesu.
4. Air Sejuk
Kalau tak ada stok timun atau malas nak buat teh, cara
paling mudah ialah dengan menggunakan air sejuk. Air yang dikeluarkan dari peti ais akan
membantu mengecilkan pembuluh darah selain mengurangkan kesan bengkak.
Selamat mencuba!
8 Comments
Thanks for your sharing 😊
ReplyDeletesy selalu guna timun ✌
ReplyDeletesy selalu guna timun ✌
ReplyDeletetips garam tu pertama kali tahu.. next time boleh cuba la macam tu
ReplyDeleteaduduu kalau garam Elly takut sebab kulit jenis nipis.
ReplyDeletedulu penah ada panda eyes time nak SPM.. lepas tu ilang da alhamdulillah..
ReplyDeleteskrng ni keje tidooo je panda xdan membesar =P
Waa nk Cuba la nanti.. mco mi Masa yg sesuai nak manjakam diri
ReplyDeleteSaya selalu buat tips yang pakai uncang teh tu. Sangat menenangkan..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!