Herba : Gengam Fatimah Juga Dikenali Sebagai Mati Hidup Semula Herba Unik

Kalau orang lain pergi bercuti di dalam negeri atau ke luar negara, atau balik kampung, hadir kenduri atau apa-apa kenduri yang seringkali diadakan bila tiba akhir tahun. Tapi tu semua tak masuk dalam list aktiviti weekend terakhir 2016 kami kerana DH tak sihat dan demam melampau.


Rutin Weekend

Dalam tak sihat tu hari Jumaat lepas kami pergi jemput Kak Yang kat KMS ye la mesti dia nak balik sebab cuti 4 hari kan..dan seperti biasa #leyragirls sibuk nak ikut la sebab ada food truck pada setiap Jumaat di KMS. 

Antara jualan yang menarik pastinya tokayaki yang bersaiz besar, ada pakaian, ada tudung, ada makeup sets dan macam-macam jualan terdapat di sini. Mungkin pengurusan KMS nak bagi para student di sini merasa outside food selain makanan kat cafe tu kan. 

Dalam keterujaan anak-anak, umi terfikir juga ada diantara student yang kurang kemampuan tu mungkin boleh tengok saja. Ahhh hiba pulak rasa hati.

Hari Sabtu pulak mestilah rutin ke pasar Keramat dengan dhubby untuk stok makanan basah, diikuti dengan memasak dan makan bersama keluarga.

Jalan-Jalan ke Aeon Wangsa Maju

Sebelah petang pulak kami jalan² kat Aeon Wangsa Maju sebab tujuan utama nk ke MPH untuk beli buku rujukan untuk Kak Yang yg akan masuk semester 2 dengan si applepie sibuk nak makan Big Apple la walau 2 hari lepas dah makan Dunkin Donat tp komplen jer dia sbb dia kata tak sedap macam Big Apple huh.

Mall Aeon Wangsa Maju ni memang ramai orang tak kira dah gaji atau belum memang selalu ramai, mungkin window shopping dan saja nak lepak dengan kawan atau mungkin buah hati kan.

Di ruang legar banyak kiosk-kiosk yang menjual kerepek, tupperware dan ada jugak ubatan tradisional. Selalunya memang umi elak untik pergi sebab takut terbeli terlampau sebab tiada dalam list. Sekarang ni kena membeli dengan berhemah kan.

Dalam tak nak membeli tu  teringat nak patah balik sebab ada herba yang ada di rumah dijual kat bahagian ubat tradisional. Memang agak pelik herba tu dan tak tahu apa kegunannya.   Jadi bertanya lah pada pakcik tu dan bersungguh pakcik tu melayan..bercerita pasal herba yang pelik tu yang dipanggil Gengam Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mati Hidup Semula ≧▂≦


Pokok Gengam Fatimah

Nama Tempatan :- Genggam Fatimah Emas
Nama lain :- Rose Of Jericho, Dinasour Plant dan Ressurection Plant


Gengam Fatimah





Jadi balik rumah terus terjah almari cari herba sebab nak pastikan betul ke tidak. Tak sangka rupanya ada info di kertas tentang herba tu dan kegunaannya. Alahai, kenapa la umi ni tak check betul-betul sebelum simpan.  Tu la kalau dah ada orang beli bagi kena la teliti dan baca bukan main ambil dan simpan....nasib baik la benda tu tak busuk bagai..syukur




Pada kertas info dinyatakan pokok gengam fatimah ini tumbuhan yang tumbuh di bekas kawasan gunung berapi di Jawa Timur dan Barat (Pulau Jawa) dan Bangka Sumatera.






Habitat :-
Kawasan padang pasir dan lereng gunung berapi.  Tumbuh di kawasan yang keras dan berbatu, melata tanpa tunjang.



Mati Hidup Semula, itulah nama yang dipanggil  di Indonesia dan Gengam Fatimah ini bukan Akar Fatimah dan kedua sangat berbeza bentuk dan kegunaannya.

Selain tu dipanggil juga Rose Of Jericho, Dinasour Plant dan Ressurection Plant mungkin sebab hidup di kawasan padang pasir dan lereng gunung berapi, tumbuh di kawasan yang keras dan berbatu,  nelata tanpa tunjang,  


Pokok Genggam Fatimah atau nama sainsnya Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. 

Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya untuk hidup hampir kekeringan sepenuhnya; semasa musim panas di habitat tempatannya, rantingnya merengkok menjadi bebola ketat dan kembali kembang apabila terdedah kepada kelembapan (Lebkuecher 1993). Ia tumbuhan tempatan bagi padang pasir Chihuahuan.

Kegunaan Gengam Fatimah: 

  • Keputihan
  • Sengugut
  • Mengimbang Perjalanan Haid
  • Mengembalikan Kekuatan Tenaga
  • Mengecutkan Rahim selepas Bersalin
  • Menyembuhkan Sakit Pinggang
  • Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil
  • Memberi Ketahanan Badan dan Kulit
  • darah tinggi 
  • kencing manis
  • menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  • menyembuhkan sakit sendi
  • pelawas (duretik )
  • merawat kebas-kebas kaki dan jari
  • membuang angin dalam badan 
  • menurunkan paras asid urik dalam badan (mengawal penyakit gout )

PERHATIAN: Ini bukan 'Akar  Fatimah' untuk mudah bersalin tetapi 'Pokok Genggam Fatimah' untuk penyakit seperti diatas.


Cara nak mengamalkannya:

  • Ambil 2 pokok dibasuh bersih
  • Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih (gengam fatimah menjadi hijau seperti  hidup semula)
  • Minum 1 cawan 2 kali sehari
  • Ulang rebusan sehingga hilang warna
  • Gantung dan jemur semula selepas guna

Peringatan:

1. Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan gengam fatimah, mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan 

2. Wanita hamil dilarang mengambil minuman ni ya

3. Jangan minum terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kesukaran untuk tidur

Post a Comment

4 Comments

  1. Asalamualaikum kak . lelaki boleh minum tk airnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya sebab tidak dimaklumkan secara spesifik dan fungsinya untuk buang angin, menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan sebagainya.

      Delete
  2. Hahahha... baca blk penulisan dulu mmg malu habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mmg pun tu yang terus edit apa yg boleh, ada yang guna tulisan shortforms kat entri ni, terus rasa nak menyorok sbb kelakar sungguh.

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!