Orang Gong Xi Fa Chai..kita pun ada sesi ziarah - bab 1

Assalammualaikum wbt..

Mood bercuti tak habis lagi tapi usaha utk post sbb takut terlupa kisah hujung minggu yang padat kami..hari Jumaat lepas 27 Jan, Umi ambil cuti sempena CNY bukan nak cuci rumah ke atau nak pasang lampu liplap liplap tapi nak mengemas la sikit sebab family adik ipar nak datang bertandang...tak ramai pun depa tu cuma 3 beranak jer..bukan apa boleh buat kerja dari rumah dan tak de temujanji dengan mana² pelanggan pun dan kalau ada urgent tu GM akan whatsapp jer la.  Pastu alih² tgk dhubby pun balik half day..haha ni kes cemburu kita cuti la tu..tapi sayang Ayong pulak bercuti ke Penang

Tetamu pun sampai tengah malam sebab terlajak makan angin..maklumla dah lama tak turun KL kan.  Apa² pun tempat tido pun dah siap...mandi, cuci muka dan rehat ler ˋ( ° pastu sempat la pot pet pot pet perihal itu ini..ya la dah lama tak jumpa banyak yg nak dibualkan sampai dh tak tahan mata kena la masuk port ;D

Hari Sabtu pulak dah memang hari ke pasar, so ajak ler ipar ke pasar jugak dan sebelum ke pasar pekena sarapan pagi kat Wan Chopati yang terletak kat UTC Keramat Mall, boleh check kat FB pun klik SINI

mmg recommended capati ni sebab kuah keema dia mmg sedap, ada delivery lagi tau so check it out diaorg punya facebook tu tau


Lepas perut dah kenyang ke Pasar Keramat la dengan menu yang dah dirangka masa dalam kereta tu..nak tau apa tak?

- Ikan Siakap bakar..ni memang expertise BIL en dhubby sebab bab nak menghidupkan arang tu memang dia orang yang tabah hehe

- Air asam tu memang buatan SIL

- Ayam bakar black pepper - cuma perlu perapkan black pepper sauce yg dalam stok jer

- Sambal petai ikan bilis buatan SIL

- Laksa Kedah yang memang terlajak sedap dan SIL  ni kalau kat kampung memang suruh dia jer buat laksa tu

- Sambal belacan dengan ulas pucuk gajus

- Serawa pisang airtangan Umi ler..nak resepi klik SINI

dah terpekat serawa ni sebab biji sagu dah kembang dengan cantik..ni yang last tinggal utk dijamah tuan yang buat tau.. hehe

Petang pulak anak sepupu dhubby dari keluarga di Kelantan datang bertandang dan jugak anak sepupu dhubby sebelah Kedah pun sudi menjengah dan seronok menjamu diaorang dengan laksa, serawa yang memang menepati selera diaorang jugak..memang meriah la jadi Umi pulak tak berkunjung ke rumah mak ;( sebab dah kepenatan tapi dah bagitau mak yang minggu ni mmg Umi tak datang rumah ;D

mcm jejak kasih pun ada..hehe

Hari Ahad pulak dah set program ke Berjaya Hills..so tunggu cerita seterusnya..mood nak bercuti tak abih lagi nii

Post a Comment

0 Comments