Assalammualaikum wbt
Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan
perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering
menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.
Marah akan membuatkan otak mengeluarkan hormon Noradrenalin beracun dan menyempitkan pembuluh darah
Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah swt: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh sercara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semanat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (disisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (al Fath: 26)
Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun
terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan
mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah
menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.
Kebaculan
Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?
Jenis- jenis manusia berkaitan dengan sifat marah..yang mana satukah kita?
Golongan Pertama: Tafrith iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama seklai tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak berasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasullah s.a.w yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menenang musuh-musuhnya sekiranya perlu.
Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?
Jenis- jenis manusia berkaitan dengan sifat marah..yang mana satukah kita?
Golongan Pertama: Tafrith iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama seklai tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak berasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasullah s.a.w yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menenang musuh-musuhnya sekiranya perlu.
Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan
orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap
orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih
sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
(al-Fath: 29)
Golongan jenis ini juga apabila terjai perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia kaan menghadapinya dengan sikap penuh kebaculan dan terlalu merenah diri, sedangkan Islam melihat perlunya sikpa cemburu demi untuk melindungi kehormation ahli keluarganya
Golongan jenis ini juga apabila terjai perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia kaan menghadapinya dengan sikap penuh kebaculan dan terlalu merenah diri, sedangkan Islam melihat perlunya sikpa cemburu demi untuk melindungi kehormation ahli keluarganya
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang
yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding
dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu
sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat
Muslim)
Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.
Golongan Kedua: Ifrath iaitu merka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.
Golongan Kedua: Ifrath iaitu merka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.
Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta
mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga
menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat
sehingga terjadi pertumpahan darah.
Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka
Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan
baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w,
lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut
mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda
menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).
Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)
Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:
- Mengucapkan Ta'awudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk) Ini adalah perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan
- Diam atau tidak berbicara
- Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk, jika dia tidak reda juga, hendaklah dia baring.
- Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
Golongan Ketiga : i’tidal iaitu golongan yang
bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak
menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam
situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka
sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kehormatan
Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agam Islam serta umatnya.
Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.
Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka
dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka
serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati
orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati
orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang
yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)
Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan
kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya.
Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.
Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda
membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama
sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar,
maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana
Allah. (Riwayat Bukhari)
Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya
sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk
dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan
yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya
terhadap agama Allah.
Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga
mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh
itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia
sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh
akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh
syarak.
Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan
ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh
kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah
(sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan
kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil
(pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan
kamu. (al-Baqarah: 143)
Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.
Bicara Agama Utusan 02/07/2007
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!