Peringatan buat sesiapa yang tak tahan mabuk pastikan sediakan plastik atau makan ubat ye sebab jalannya macam ular kena palu tapi tak la teruk..sebaiknya langkah berjaga2 tu perlu kan.
Sebelum nak pergi tu kena la tau apa yang ada kat sana selain nak rasa kesejukan eh sejuk ke? tak la sangat tapi sejuk dari dok kat tengah bandar Kuala Lumpur nun. Apa-apa pun kalau kita nak pergi bercuti ke atau keluar dari bandar untuk perubahan udara tu kena la selidik jadi kita akan tahu apa nak buat dan rangka jadual kita kan.
Berjaya Hills dulunya dikenali sebagai Bukit Tinggi Resort dan ada 2 hotel kat sini iaitu Colmar Tropicale French Theme Resort dan Meranti Suites masa Umi kerja dengan ExxonMobil dimana kami meraikan anak2 yatim dan jugak masa menjaga grup Sapura untuk teambuiding diaorang.. tapi sekarang dah ada The Chateau Spa & Organic Wellness Resort. Kalau yang nak honeymoon tu tak jauh dari bandar, jom ke sini atau contact 603-4149 1790 untuk tempahan bilik.
Kalau nak kesini, ada bas dari Berjaya Times Square jadi tak perlu la memandu...duduk dan relax
Kalau sesiapa yang buat tempahan bilik, memang tak kena bayar untuk masuk tapi kalau kalau hanya nak santai2 tu nanti ada drive thru kaunter tiket dengan bayaran RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dan dengan bayaran ni boleh naik shuttle bas ke Japanese Village, Animal Park dan lain-lain tempat disekitarnya. Tapi untuk mengenakan kimono kena bayar RM20/orang dan untuk ke Animal Park kena bayar RM5/orang dan boleh naik keldai atau bermain dengan arnab
Apa lagi ada kat sana?
- Botanical Village terletak bersebelahan Japanese Village
- 6D Motion Ride
- Equestrian
- Golf
jenuh memanjat tangga...tapi kalau tak nak naik tangga boleh mendaki kat sebelah hujung sana |
ambil tenaga lepas panjat tangga dan mendaki..pastu posing kat pintu masuk keke |
applepie pun nak join sekali..uhh |
Posing dengan berkimono ler Kak Yang ..ni sebahagian jer gambar dia |
kat luar Japanese Village ni ada kedai souvenier dan jugak gerai makanan ala Jepun |
rehat sekejap menunggu yang lelain nak beli aiskrim la..tokayaki la |
Memasing berposing menunggu shuttle bas yang dikhabarkan tersekat dengan kesesakan kat bawah nun.. |
- to be continued -
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!