Assalammualaikum wbt
Setiap manusia mempunyai 5 jari..Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh kita andaikan disebalik jari kita selain betapa bergunanya jari-jari ini untuk kehidupan seharian kita.
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita, luruskan ia ke hadapan ddalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan!
Kemudian lekapkan jari diatas meja, diperhatikan..
1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil
Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula dari kecil. Bak kata pepatah"melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
2. Jari ke 2 iaitu jari manis
Manisnya jari comel dan mulus, apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin lebih2 lagi cicin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk ke jalan kebenaran. Pada usia ini, kita sudah baligh dan mukalaf.
Bersediakah kita?
3. Jari ke 3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seseorang tu mungkin telah punya status dan berkerjaya dengan ekonomi yang kukuh dan teguh. Namun kita kena berhati-hati kerana di kala ini banyak 'hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengi, ego, tamak, iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, bimbang kita akan terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.
4. Jari telunjuk
Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah swt yang Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemu jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea yang bernas dan minda yang hebat.
5. Akhir sekali - renung ibu jari
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenearkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, 'cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi, nescaya anda akan berkata 'GOOD' atau 'YES' sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas tanda kejayaan kita.
SubhaAllah..begitu sempurnanya ciptaan Allah swt. Lihat sekali lagi jari kita yang kelima-lima itu, renung dan fikirlah sedalam-dalamnya.
Gunakan kehebatan dan keistimewaan jari-jari tangan kita

0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!