Berakhirnya debaran..sila maju kehadapan !

Assalammualaikum wbt

Akhirnya, kemuncak hasil usaha, penat lelah dan bersengkang mata sejak bermulanya peperiksaan SPM 2016 dengan ibubapa pun turut terasa tempiasnya akan terjawab hari ni.  Bila timbul pulak berita yang keputusan SPM akan ditangguhkan ke tarikh lain sebab printer rosak hehe..maka bertambah berdebar-debar la budak2 SPM ni termasuklah anak Ummi yg ke 4 ni..Bila tarikh dah diketahui..dag dig dug jugak la sampai keluar ada notis tak nak keluar bilik la..nak keluar lepas 3 hari la...nak off handphone la..hehe rasanya Ummi dulu waktu tunggu keputusan SPM tu tak la stress mcm depa ni sangat..just chill chill jer..haha

Diharapkan anak-anak ni semua sudah selesai mendaftar secara online pilihan kursus yang diminati berdasarkan keputusan percubaan SPM ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau IPTS (swasta) yang diaorang sendiri pilih kan..part ni memang tugasan dhubby yang bertungkus lumus belikan pin, pastikan the girls mendaftar secara online dekat MOE..

Dan hari ni secara rasminya keputusan akan keluar bermula jam 10 pagi dan dah jadi adat mereka akan ke sekolah untuk mengambil keputusan yang akan menentukan arah tuju mereka...fuhh!

lega kah mereka? bersediakah mereka? ada yang masih berhuhu lagi..sebab konflik tentang markah dan kejadian yang berlaku tu sedikit sebanyak mengugat rasa diaorang ni..isu permarkahan gred akan jatuh atau naik ..kita tunggu je la naa

Macam Ummi cakap pada Kak Cik Iman, apa juga keputusan kita kena redha dan jangan putus asa, jangan stress dan itu rezeki kita tapi kita tetap kena berusaha untuk capai cita-cita kita. Mana taknya Kak Cik Iman ni sibuk dengan bola baling la, kawad kaki la pastu dah dengan tugasan editor dan jurugambar sekolah..sampai lepas SPM pun masih nak finalize majalah sekolah..aktif benorrr

Dan buat anak-anak yang akan mendapat keputusan hari ni semoga maju jaya dan jangan pandang ke belakang dan teruskan berusaha dan semoga berjaya!


isu tarikh SPM

2. Portal online
Sekarang ni zaman teknologi dan selain pergi ke sekolah untuk meraikan keputusan, berjumpa guru-guru dan kawan-kawan, keputusan boleh didapati melalui online jugak dengan melayari portal
Semakan online akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta mas keputusan diumumkan


3. Melalui semakan SMS

SPM 2016

psst...KC Iman tengah bersiap nak ke sekolah tu..muka nampak tak stress tapi tense ada sikit hehe


Post a Comment

0 Comments