Assalammualaikum wbt
Hari ni baru dapat nak buat entry pasal percutian kami ke Johor sebabnya terlalu sibuk sebab Kak Yang balik bercuti sejak hari Jumaat serta entah sibuk apa-apa ntah la selain Kak Cik Iman masih demam panas sejak dari Johor lagi. Hari Rabu hari tu Dhubby dah bawak dia ke klinik Dr Idham tapi demam masih tak nak sembuh sepenuhnya...kejap panas..kejap sejuk, kesian tengok dia dok terbaring dan tak aktif...masa Ummi tengah menaip ni pun dia masih tak sihat. Subuh hari Isnin, dia tak tahan jadi kami bawa dia balike ke Klinik Idham dan dia bagi surat untuk refer ke hospital..tapi tak pergi pun dan siang tadi bawak dia ke Klinik Kerajaan untuk 2nd option dan hurmm dia mengadu kat muka dia tumbuh bintik2 pulak..campak kot..tak pasti jadi kena tunggu la tengok macam mana kan
Oklah..ni nak cerita masa cuti sekolah baru ni kan Ummi ke Skudai rumah BIL dengan keluarga kakak Dhubby yang turun dari Kedah...diaorang bertolak hari Sabtu malam dari Kedah dan sampai ke teratak LeyRa subuh hari Ahad...hehe tak pasti jam berapa sebab Ummi dah pengsan keletihan tunggu sebab ingat diaorang akan sampai dalam jam 12 malam rupanya tidak tu yang Ummi tak sedar tu. Jadi pepagi Ummi bangun buat nasi lemak untuk alas perut sebelum diaorang dan kami bercuti-cuti Malaysia ke Johor.
Sampai di Skudai dah lewat petang sebab kereta pun banyak kat lebuhraya tu dan bukan driver jer yang penat, penumpang pun penat wehh..hehe jadi tak de aktiviti la selain lepakking kat rumah baru BIL tu dan waktu ni la waktu depa adik beradik nak bercerita pelbagai kisah dan kami yang ipar ni ada la jugak part kami kan..dah letih jadi tidur awal la dan hilanglah niat nak ke Danga Bay
Pagi Isnin pulak isteri BIL dah siap masak sarapan sebab nephew Dhubby dah pasang angan nak round Johor hehe tapi tak de la keluar awal sebab ahli seramai 16 orang tu walau bilik air ada 3 tapi dengan budak2 mana la nak on time..mujur anak2 Ummi dah besar tak payah nak bagi mandi bagai hehe
Memula kami ke Legoland bukan niat nak masuk sebab tak berbaloi kalau masuk sekejap dengan harga yang dibayar jadi kami cuma berfoto jer kat luar lepastu misi mencari Puteri Harbour pun untuk bergambar walau anak buah dhubby nak sangat bagi anak dia masuk kat Thomas Town ni tapi kami ada tempat lagi yang nak dikunjung yang tak tahu jarak dan cuma mengharap pada waze untuk membantu...so bergambar jugak je la.
Nanti Ummi upload gambar dan cite kat sini ya..kalau ada kesempatan la. Sekarang ni nak cerita pasal Forest City yang kontroversi tu..hehe
sempat jugak ambil gambar kat Puteri Harbour ni walau tak masuk sebab rugi la kalau masuk untuk sekejap lagipun nak ke Forest city yang tak pasti berapa jauh dari sini
Ni la ketam gergasi yang anak buah dhubby dok cerita dan bila tanya kat pak guard dalam bangunan ni boleh pulak dia kata tak tau apa-apa..hehe almaklumlah kalau pak guard tu orang luar negara hehe dan Ummi pun sebenarnya dah penat dan rasa moody la jugak tapi bila tengok pantai ni rasa best pulak..
Landskap yang menarik dan sungguh menarik kalau ditengok dengan mata sendiri
Gambar atas tu salah satu restoran yang ada dan gambar bawah tu laluan untuk ke pantai
nampak tak semua papan tanda dalam Mandarin dan English, langsung tak ada dalam Bahasa Melayu apatah lagi pekerja yang rata-rata macam bukan orang Malaysia tapi bukan yang kerja bahagian kontrak la
Pemandangan diambil dari arah pantai, memang cantik
Pantai buatan ni memang cantik dan banyak pulak seal terdampar kat sini..kih kih
Memang kepenatan rasa dengan cuaca pun agak panas tapi masih dapat merasa hembusan angin dari arah laut tu la jugak.
Seriously memang cantik walkway dari dalam bangunan yang menempatkan tempat letak kereta selain tu tempat letak kereta pun ada kat bahagian atas, cuma kami bernasib baik sebab ada ruang untuk kami
*****************************
Gambar kenangan sebelum balik, ya la tak tahu bila lagi dapat berkunjung seramai ni walau Ayong dan Angah tak dapat ikut begitu jugak Kak Yang. Jadi yang tak de dalam gambar ni anak bongsu BIL, juga 2 anak lelaki kakak dhubby
Sebenarnya bukan balik terus pun sebab diaorang ingat nak singgah IKEA tapi dhubby cakap jalan sesak jadi reroute ke Decathlon Damansara gara-gara pujukan siapplepie..pasal pujuk memujuk ni memang serah kat dia la begitu jugak the girls yang lain..cair dhubby jadinya..hehe
Nanti Ummi buat entry pasal Decathlon ya..memang best kat sana
Selamat malam
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!