Assalammualaikum wbt
Alhamdulillah, seperti dah dirancang anak2 dah bersiap dan bertolak ke Kuala Pilah jam 0900 pagi dan sebelum tu bersarapan kat Restoran Kader..bukan apa, dah dhubby berjanji dengan Pakcik Ey dia untuk turut sama rombongan bertandang ke Kuala Pilah dan lagipun tak tahu tempat jadi kena lah awal tapi rupanya kami terlebih awal hehe...
Dah awal tu kami singgah ke Taman Rekreasi Ulu Bendul sebab malas nak tumpang kat Homestay dan yang pasti si applepie tu la teruja nak mandi bagai hehe..tapi yang boleh buat hanya la bergambar kan..
Dulu2 sebelum kahwin pernah jugak ke sini untuk mandi manda tapi sekarang ni tengok tempat ni dah lain dan seronok jugak untuk berkelah selain persekitaran yang bersih, dibuat kolam untuk kemudahan orang awam begitu jugak kedai2 kat sini..bersih
Dah selesai bergambar, merehat2 kan diri sesambil merengangkan otot, perjalanan diteruskan dan misi mencari jalan rumah pengantin di Pelangai Kuala Pilah dengan bantuan waze...
Nyaman dan relax je sepanjang perjalanan sebab tak banyak kereta dan disepanjang jalan ramai peniaga menjual lemang, rendang, kuih bahulu dan eh ada itik salai! tak boleh la nak beli sebab nanti berwap pulak itik tu...tak pe otw balik nanti kita beli la ya ) ( ̄ˇ ̄)
♫ ♬ Sawah leba, kobau banyak, ♭ ♪ air pigi sojuk sekali ♪ ...tetiba dhubby menyanyi rangkap lagu si Ito yang legend tu..keke sebab kami nampak sawah bukan sebab tak pernah tengok tapi mmg sungguh ada sawah kat Negeri Sembilan walau tak sebesar di Kedah dan Perak.
Gambar yang diambil dari hasil googling sebab memang nampak sawah semasa dalam perjalanan tapi kalau dah misi nak ke kenduri tak de la pulak nak berhenti ambil gambar bagai kan
Semasa dalam perjalanan mmg teruja tengok rumah kampung kat sini dengan
reka bentuk minang, persekitaran yang mmg menarik dan sepanjang jalan
juga la nampak peniaga² meniaga lemang dan itik salai..wahhh nasib
dhubby pun nak makan itik juga jadi nanti balik nnt boleh la singgah kan
Negeri Sembilan ni memang kuat adat pepatihnya dan majlis pulak siap diserikan dengan acara bersilat, tarian dan mainan muzik tradisional cak lempong, rebana ubi dan gong oleh budak² sekolah yang cukup comel dengan pakaian tradisional
Tahniah buat sepupu dhubby dari Kelantan, Faizol Fazree dan pasangannya Farah @ Ain. Faizol ni ada kepada pemain bola Red Warrior Farisham Ismail dan anak kepada adik arwah MIL. Seronok sungguh Pakcik Ey dhubby bila anak arwah kakak dia datang maklumlah bukan selalu dapat jumpa KL dengan Kelantan tu bukan dekat kan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali dan dengan hidangan makanan yang sedap cuma tak sempat nak ambil gambar sebab ramai sungguh tetamu dan perut pun dh berkeroncong ˇ︿ˇ
Kalau dh kenduri kahwin, bergambar dengan si Raja Sehari dan keluarga tu memang satu kemestian kan untuk kenangan sementara ayah saudara tu masih sihat jadi kena la kenal lebih rapat.
Akhirnya itik salai berjaya dibawa pulang dan memang dah pasang niat nak masak lomak cili api kan walau awal tu macam dah habis jer maklumlah dah dekat jam 5 petang, mana la ada orang nak meniaga fikir kami tapi Alhamdulillah masih ada lagi dikiri dan kanan jalan..rezeki utk sipenjual dan rezeki sekeluarga nak dapat itik salai..hehe
Jadi esok menu masakan adalah itik salai masak lomak cili api hehe.
Blogwalking dah buat siang tadi, masih kena melawat rumah² blogger yang lain yang dah semakin cantik semuanya tu yang buat kita berkobar² nak mengemaskini blog sendiri kan.
Pada yang tinggal jejak tu, esok sy singgah ya sebab net malam ni terasa berat pulak dan yang paling berat ialah kelopak mata..hehe mengantuk deh.
Selamat malam..ketemu lagi esok ya
Resipi Pisang Goreng Sedap Dan Rangup
1 day ago
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!