Kenapa Uber bukan Grab dan bukan teksi

Selamat malam wahai pembaca

Kekwat sungguh aihhh tajuk kan haha

Sebenarnya Umi ni baru berjinak-jinak..ehh berjinak ke depa panggil adehh penghinaan bahasa sungguh la.  Umi baru jer mencuba perkhidmatan Uber baru-baru ni dan buat kali pertamanya Umi menaiki Uber dari rumah ke stesen LRT Wangsa Maju..kalau tanya Umi berapa jauh dari rumah?...hehe dalam 10 - 15 min jer kalau berjalan kaki sebab kaki pendek tapi kalau orang lain mungkin jangkamasa tu singkat la kan.

Servis Uber ni memang tak asing bagi Kak Yang dan Kak Cik serta kekawan depa dan Kak Yang la yang memuat turun apps dan camner nak buat tempahan..bukan tak reti buat sendiri tapi dulu rasa macam tak perlu sebab boleh drive sendiri tapi kejadian Umi kena saman dan kereta kena clamp tu memang buat rasa serik sesangat sebab melayang 82 ringgit...huihh banyak tu 82 hinggit tu boleh beli KFC tak pun pi makan mee tarik kat Kungfu Ramen haha

Image result for uber logo



Ni adalah apa yang Umi dapat simpulkan mengikut kacamata pandangan Umi dan kalau yang dah pernah guna Uber tu mungkin pandangan kita berbeza atau mungkin juga cakap elehh orang dah lama cuba dan naik..maaf la ya Umi ni budak baru belajar dan sedang belajar dan akan berlajar sebarang perubahan bila ada keperluan.


1. Peramah
Pemandu Uber sangat peramah.  Perkara pertama yang Umi akan buat ialah bagi Salam atau pun pemandu Uber ni akan bagi Salam sambil dia akan pastikan kita adalah pemanggil.  Selalunya dia akan hubungi kita dulu.  Bila dah duduk dan mulakan perjalanan soalan pertama Umi ialah..berapa lama dah jadi pemandu Uber ni..fulltime ke parttime..ok tak income hahaha...so far diaorang akan menjawab dan kekadang macam2 depa tanya kita balik...so tu kan two way traffic...berkenalan dan sesambil tu dia tak la bosan bila memandu bila penumpang buat tak tau jer...cerah la mata dia kan


2. Kebersihan kereta
Ada seorang pemandu Uber berketurunan India yang Umi boleh bagi rating 5 bintang kerana antara kereta terbersih dan berbau harum dan dia kekadang simpan stok wangian kat dalam kereta sebab katanya antara penumpang tu adalah pekerja kontrak yang berbau badan...jadi dia akan hadiahkan pewangi dan cakap Uber bagi hadiah..haha terbaik kan



3. Murah
Sekarang ni Uber ada promosi 0.99 untuk 4km...murah kan? Sebab Umi dah serik pergi ke Maybank kat Wangsa Maju tu kereta Umi kena saman dan clamp..nasib baik ada offer jadi bayar saman RM30 dan clamp pulak RM50 walau tertekan la jugak sebab yang tukang clamp ni kita call lebih 20x tak jawab..kena la pulak call ke pejabat diaorang sampai 3-4 kali cer cuba kalau time tu handphone kena barred atau habis credit..tak ke meraung tepi kereta.  Pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih berhati-hati dan cerdik..keke

Yang RM2 lagi tu sebab semasa menunggu DBKL datang buka clamp tu ada seorang uncle tu datang bercerita dan berpesan.." u jaga2 arr kalau parking sini..itu bandaraya sangat jahat..dia kasi kunci sama kereta" walhal mmg kereta kena kunci kan..pastu dia mintak duit sebab tak makan lagi...sedekah jer la kan


4. Keselamatan
So far Umi tengok dan setelah mencuba memang terasa selamat sebab sebelum kita naik, kita dah tau no kereta, siapa pemandu dan no telefon diaorang jadi kita boleh hantar details pada suami ke ayah ke atau adik beradik sebagai langkah keselamatan.

Sepanjang perbualan dengan beberapa pemandu Uber ni Umi rasa seronok sebab Uber ni memberi pendapatan pada mereka dan mengikut kata seorang pemandu ni sistem Uber ni adalah terbaik dan untuk Grab Car pulak dia cakap pembayaran sangat rendah berbanding Uber..entah la sebab handphone Umi boleh download apps Uber jer sebab dah penuh dengan apps lelain.


5. Keselesaan
Kereta Uber ni kena ikut piawaian Uber haha...piawaian sangat la...maksud Umi kereta ni kena kemas, bersih dan selamat.  Yang seronoknya naik kereta Uber ni macam kita ada pemandu peribadi gitu dan kalau nak lebih mewah selain tempah Uber X boleh pilih Uber XL atau Uber Black dan harganya berbeza dan yang paling mahal ni kategori Uber Black. So tepuk dada tengok poket la ya

Mengikut firasat Umi, pemandu teksi kena berubah supaya mereka boleh bersaing secara berhemah sebab kebanyakan mereka ni sombong, bukan semua tapi kebanyakannya dan boleh dikira berapa banyak teksi yang kita naiki tu bersih, kemas dan pemandunya berhemah? Abah Umi pun dulu pemandu teksi selepas pencen askar, dia kerja dengan LPPKN lepastu sebagai bekas perajurit dia dapat permit teksi dan Alhamdulillah dia boleh mengerjakan haji dengan mak dengan duit membawa teksi sebab dia rajin dan dia seorang yang peramah dan macam2 dia bercerita kalau sesiapa naik teksi dengan dia.

Jadi dengan buat keadaan ekonomi yang semakin gawat ni dan kemudahan yang ada, Umi akan sentiasa guna Uber untuk penjimatan dan keselesaan.

Ok bye for now sebab nak bersiap ke rumah mak sebab malam ni turn Umi jaga mak dan abah.  Sweet dreams uolls..


Post a Comment

0 Comments