Sulaiman bin Shurd ra berkata:
كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلاَنِ يَسْتَبَّانِ
فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ.
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ
لَوْ قَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.
Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, tiba tiba ada dua orang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.
Maka Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahan akan hilang.
Iaitu sebutlah *A’uzubillahi minash Syaitan* nescaya kemarahannya akan hilang."
[HR Imam Bukhari dalam Sahih al-Bukhai, hadis no:3282
(Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya)]
Ulasan Hadis:
Terdapat dua jenis kemarahan:
Pertama ialah faktor keduniaan:
Contohnya orang yang marah kerana dirinya tidak dihormati atau kerana tindakannya dikritik atau marah kerana pendapatnya ditolak atau arahannya tidak dituruti. Ini adalah bentuk kemarahan yang amat tercela dan perlu dihindarkan.
Kedua ialah faktor Agama:
Ini seperti seorang muslim yang marah kerana ajaran Agamanya dirosakkan oleh muslim yang lain atau marah apabila mendengar penceramah atau ustaz yang berceramah membaca atau menyebarkan hadis palsu atau marah apabila melihat ada orang mengamalkan amalan amalan palsu (bid'ah). Kemarahan jenis ini adalah kemarahan yang sangat terpuji.
Namun sungguh itu kemarahan yang terpuji tidaklah bermakna seseorang itu boleh bertindak kasar dengan cara meninggi suara menengking atau mengeluarkan kata kata kesat memaki hamun orang yang melakukan kesalahan tersebut.
Yang dituntut ialah tetap tenang dan berlemah lembut. Ini sebagaimana disebut dalam surah al-Asr yakni berpesan pesan atas kesabaran.
Allahua'lam
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!