Si HKU Simmy Boy Selamat Dimandulkan

Alhamdulillah akhirnya Simmy boy sikucing jantan yang HKU tu selamat di neuterkan hari Jumaat 24 Mac 2017 di SPCA Ampang Hilir.  Nasib Ummi baik sebab hari Rabu tu Ummi dah mencari klinik untuk neuter Simmy boy tapi rata-rata klinik mengenakan harga yang tinggi sebanyak RM227 tak termasuk ubat, lepas tu nak kena vaccine dulu dengan charge RM75 bla bla bla, lebih seminggu baru boleh nak neuter..hadoiii jadi Ummi pun cuba hubungi SPCA dan lepas diberitahu bayaran RM90 terus 

Proses Sebelum Neuter


Umi kata ok dan dia pulak cakap datang hari Jumaat sebab masih kosong tapi kena berpuasa 8 jam dan temujanji pulak jam 8 pagi...syukur sebab tak perlu nak tunggu lama.  Kesian Simmy Boy tu dh terkurung dekat 3 bulan tapi bukan kurung 24 jam tapi tak la bebas macam dulu tambahan pulak duduk dalam sangkar ni memang boleh buat kucing tertekan sampai nampak dah susut dan bulu pun gugur..semoga Simmy Boy akan sihat dan tak perlu dikurung lagi.

Mungkin ada yang marah sebab kenapa perlu dikasi atau dimandulkan atau dikembiri Simmy Boy? sebab dia HKU - haiwan kurang upaya atau lebih tepat dia  buta dan tak mampu mencari pasangan sendiri dan kalau dilepaskan akan membahayakan dirinya. FULL STOP!
 
,

Neuter Kucing
 
Kena disangkarkan dalam sangkar yang kecil untuk hadkan pergerakan..comey kan,  Tu belum lagi sesi memberi Simmy Boy makan ubat oleh Kak Yang..jenuh jugak la nak pegang dia sebab selepas op ni dia macam biol2 sikit mungkin sebab sakit tau mungkin kesan dari ubat
 

Simmy boy yang buta tapi sangat comeyyy


 
Memang murah kalau dibandingkan dengan klinik haiwan yang lain.

 
SPCA bagi untuk menjaga kucing/haiwan yang di kembiri sebelum dan selepas dikembirikan kucing atau anjing.

ni copy paste dari laman sesawang SPCA pra syarat sebelum dikembiri


Jadi Ummi sarankan untuk pencinta kucing atau lain-lain haiwan boleh la buat treatment atau check up kat sini selain harga perkhidmatan yang murah dan disamping itu kita menyokong usaha NGO ini untuk membantu memberi pelindungan kepada semua haiwan.


Berkenaan SPCA

SPCA Selangor ditubuhkan pada tahun 1958 dan sebuah organisasi bukan kerajaan tanpa keuntungan (NGO - Non Profit Organization) yang terletak di Ampang Jaya.  Disini kita mengambil haiwan yang kita inginkan dalam program Adopt A Pet dan selain itu juga kita boleh meringankan tanggungan pihak SPCA dengan menjadi :
* Penyumbang atau penderma
* Keluarga angkat (Fosterer) kerana di SPCA terdapat banyak haiwan jadi kekadang haiwan yang masih muda payah untuk menyesuaikan diri
* Sukarelawan
* Sahabat SPCA

Alamat Dan Cara Hubungi SPCA

Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah ke alamat dibawah atau hubungi untuk keterangan lanjut :

Alamat : Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang
Telefon : 03-4256 5312
Telefax : 03-4252 8382
Waktu : 10 pagi hingga 4 petang (Selasa - Ahad, tutup hari Isnin)
Email : enquiries @spca.org.my

Post a Comment

0 Comments