27 tanda-tanda kita sudah menjadi hamba dunia

Assalammualaikum wbt


1. kita tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. kita melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran kita terlalu sibuk.

3. kita selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta kita semakin bertambah.

4. kita marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang kita lakukan adalah haram.

5. kita terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. kita sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. kita selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. kita tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. kita tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. kita tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. kita sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin kita miliki.

12. kita merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. kita menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. kita memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan kita  kepada Allah.

15. kita hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. kita melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. kita meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. kita merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. kita tidak kuasa mengubah gaya hidup kita yang suka berpoya-poya, walaupun kita tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. kita diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi kita beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. kita ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. kita sangat perhatian dengan penampilan luaran kita.

23. kita meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. kita ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi kita sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. kita mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. kita tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir kita hidup di dunia.

27. kita merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh dan solehah

Amiin...

nota kaki :

*disalin cetak dari grup whatsapp
*ditukar perkataan Anda kepada kita untuk merujuk diri sendiri


Post a Comment

0 Comments