Dubai 2016 : Kembali ke Dubai - Part 1

Assalammualaikum wbt

Akhirnya dapat jugak Umi jumpa gambar yang kehilangan sewaktu ke Dubai tahun lepas..nasib baik jumpa balik walau tak semuanya tapi okay la dari hilang terus kan lagipun kali ni ke Dubai hanya untuk 4 hari sahaja! trip ni memang trip sasau sebab memang terpendek sepanjang karier Umi dan setelah lebih 5 kali ke Dubai...redho jer la kan


Tahun 2016 nak ke Dubai pun tak semudah tahun2 sebelum nya sebab dengan kesihatan Abah yang tak berapa baik dan bila dhubby pun tak bersungguh membenarkan...antara en suami dan boss kalau korang macam mana?


Klik sini :  Dilema nak ke Dubai

Seperti dijadualkan Umi serta 3 jejaka (hehe) MRH, AMF dan HM ex Malaysia Airlines Manager berlepas ke Dubai dengan Oman Air WY824 jam 0935 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih 7 jam dan sampai kat Muscat airport terus cari coffeehouse...coffee time dan discussion ler. Mcm bisnes besar jer kan...discuss..discusss jer memanjang ;D. Kemudian sambung perjalanan jam 2.30 petang dan sampai jam 3.35 waktu Dubai lebih kurang jam 6.35 petang waktu Malaysia.  Dari Muscat ke Dubai ni dalam sejam lebih jer.  Sebenarnya ni kali ke dua naik Oman Air sewaktu dari Oman ke Dubai dan baca kat sini untuk cerita menarik kami


Baca kisah menarik 

1. Dubai 2011 Part 3: Perjalanan darat dari  Dubai ke Oman
2. Dubai 2011 Part 4 : Jalan-Jalan di Muscat 



beg besar jer bukan sebab nak shopping (berhasrat la jugak) tapi sebab Umi pantang tengok luggage bag..mesti nak beli. 


boss posing sakan..ni jer la gambar yang dapat jumpa balik tu pun gambar boss...huhh

Kemudahan inflight


Tengok kat dalam flight Oman Air ni kita boleh charge phone sebab ada USB soket (eh betul ke sebutan tu) hik hikk.  Semenjak Malaysia Airlines tak terbang ke Dubai, dah bermacam flight Umi naik untuk Dubai antaranya Sri Lanka Airlines dan Emirates Airlines yang bagi pengalaman yang kelakar pun ada tapi penat tu tetap ada.


huihhh panjang kan queue ni...kaunter banyak dan orang yg baru turun flight pun ramai sangatttt


Dah sampai airport Dubai dan tengok la tu..punya ramai orang nak gi Dubai..dan majoriti datang bekerja kat Dubai ni.  Gambar ni gambar curi2 jer tu yang jadi lagu ni.  Ingat nak ambil gambar pegawai Imigeresen Arab yang hensem tapi tak boleh daaa..Majoriti pegawai sini tak manis muka pun tau2 la orang Arab ni..walau kita ni jenuh tersengih nak tunjuk muka friendly tapi ada la jugak sorang dua yang banyak bertanya dan bila tengok passport kita dari Malaysia..ramah pulak depa ni..


Dalam masa menunggu untuk VOA (visa on arrival untuk rakyat Malaysia) terserempak la kawan dalam travel industry ni dari hotelier dan travel agency lain.  Kekadang tu kalau kat Kuala Lumpur nak jumpa diaorang ni memang susah sebab kesibukan tapi bila kat sini atau ada exhibition macam ni baru boleh jumpa dan lepak...kalau tak penat la

Tadaaaa dah sampai bilik kat Carlton Hotel dan seperti biasa bilik memang associate kat Dubai ni akan bagi yg special sikit la dan yang pasti jauh dari 3 jejaka yang turut serta tu.


Bila dapat kunci bilik jer terus la terjah nak mandi..nak solat sebab nanti nak keluar dinner dgn 3 hero Malaya ni..opps ni la antara gambar yang hilang *sobs* 


Ok..nanti Umi sambung balik naa cerita trip ke Dubai 2016 yang tersangat pendek ni atau nak tau dan tengok apa yang Umi buat kat Dubai kali pertama dan seterusnya boleh la singgah SINI


Selamat malam!

Post a Comment

0 Comments