Hangpa Menyorok Apa Pagi Ni ?

Hangpa Menyorok Apa Pagi Ni ? | Assalammualaikum wbt. Selamat pagi dan salam berhujung minggu!


Dasat noo tajuk kali ni..hehe kalau orang Utaqa tu mesti tau la maksud Umi..Umi bukan orang Utaqa tapi sebab D'hubby orang Kedah dah terjebak la sekali tapi yang light-light jer la..kalau yang mendalam tu cheq wajib sengih jer la.


Tentang perkataan 'menyorok' pasti  +Noor Maizan +SITI AWADAH pun tau sangat kan!  Menyorok ni kena bunyi dalam sikit 0≦  bermaksud sarapan pagi. Untuk Liez +FeyLiez yang dah datang balik minat kat durian tu..memang boleh tumpang sekaki la kot..


Hangpa menyorok apa pagi ni ?


Semalam en dhubby teringin betul nak makan durian selepas berpantang beberapa bulan.  Sebenarnya nasib baik jugak waktu dia tak sihat tu bukan la jugak musim durian..eh rasanya kot..^ ^ Umi bukan tau sangat pun pasal ni sebab Umi bukan peminat durian apatah lagi nak makan durian tapi kalau tempoyak memang favorite haha.


Jadi dengan gigihnya D'hubby pun pergi la ke gerai jual durian dan dapat la durian yang dipanggil XOXO betul ke ejaan Umi ..ehh hentam jer la ya..harga XOXO ni RM45 sekilo dan untuk 2 biji tu habis la RM150 sahaja..erkk nak tercekik dengaq nihhh..tapi kata D'hubby murah dah tu kalau Musang King harga RM60 sekilo...tu pun ramai jugak orang yang teringin dan beli..hadoiiii


Hangpa menyorok apa pagi ni ?


Untuk makan puluit durian ni kena ada santan letak garam sikit dan gula.  Pulut pulak bukan tanak tapi dikukus.  Paling sedap guna pulut susu yang lembut dan cepat dimasak walau dikukus.
 

Mudah jer : letak pulut dalam pinggan, santan, gula dan makan macam makan nasi dengan sambal gitu...tapi makan ni tak boleh berhenti kalau tak kembang pipi dan Umi yang dok sebelah pun tak sanggup tengok..naik kembang tengkuk haha, cuma tak post gambar jer kalau tak memang sesiapa tengok orang yang makan puluit durian ni mau jatuh kerusi dan kembang tekak..opps

Petua : Lepas  makan durian ni wajib bagi Dhubby dan dia pun bagi anak² minum air yang dimasukkan dalam pangsa buah durian untuk pastikan badan tak panas lepas makan durian.  

Untuk Umi pulak cukup la pulut dengan ikan gelama jeruk dengan cili kering.  Mood nak buat sambal tumis ikan bilis tu tak berapa nak ada jadi tu jer la untuk teman D'hubby bersarapan

Post a Comment

0 Comments