Kenapa Kita Memperbodohkan Orang Lain Bila Tiba 1 April | Assalammualaikum wbt. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April yang ramai suka sebab masa ni la bunga-bungaan kembang menawan.
Terkenang waktu zaman sekolah dulu dan zaman remaja belia dulu-dulu yang galak sakan menanti tarikh 1 April untuk mengenakan kawan-kawan dan kalau masakini dipanggil prank orang hehe ..bila difikir balik huih memang dasyat dan buruk sungguh perangai dulu tapi tu la kita ni membesar dengan mengikut apa sipenjajah suntikan dan menjadi ikutan kita dulu.
Yang peliknya masa tu tak ada sesiapa yang akan marah malah masing2 menanti dan mencari idea antaranya menyorokkan barangan kotak pensil, kasut atau paling teruk bagitau kawan yg Guru Besar panggil..kecut muka kawan tu..tu la cara nak meng'fool'kan orang lain dan setiap apa yang berjaya tu kita akan melaungkan 'APRIL FOOL" dengan kuat dan ketawa sebab berhasil mengenakan orang lain. Sadis kan!
Kemudian timbul teguran ahli agama yang mengaitkan April Fool dengan peristiwa penyembelihan umat Islam di Sepanyol, sama seperti Hari Kekasih atau Valentine's Day (yang terang-terang atas nama St Valentine). Berbalik kisah April Fool ini katanya adalah hari meraikan kejayaan tentera Kristian memenangi Sepanyol kembali dan hari penyembelihan orang Islam. Namun tidak ada kepastian tetapi bila difikir logiknya keburukan mengenakan orang atau menipu serta memperbodohkan orang bukanlah perkara yang elok dan bila tak elok ni kita kena buang dan hentikan. Malahan niat untuk menganiyai, menipu, menghina, menyakitkan hati dan perasaan orang lain semuanya buruk dan tidak berfaedah tanpa rasa bersalah! Subhanallah
'Hai orang-orang yang beriman, janglah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain) kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya (Surah Al-Hujurat :48
Dari manakah asal-usul April Fool?
Mengikut kepercayaan kuno antaranya kepercayaan Roman dan Hindu, sambutan tahun baru diadakan pada 1 April setiap tahun kerana mengikuti "vernal equinox" iaitu suatu simbolik perubahan musim. Vernal equinox biasanya diadakan pada 20 atau 21 MAc. Pada zaman pertengahan pula, kebanyakan negara ERopah menyambut 'Feast of Annuciation' pada 25 Mac sebagai permulaan tahun baru.
Pada tahun 1582, Pope Gregory XII telah mengarahkan satu kalendar baru untuk menggantikan kalender Julian yang lama. Versi yang baru ini yang dikenali sebagai kalendar Gregorian telah menetapkan tarikh 1 January sebagai tahun baru. Kalendar ini telah digunapakai oleh Perancis pada tahun yang sama.
Dipercayai terdapat ramai yang enggan menerima tarikh tahun baru ini dan ramai juga yang tidak mengetahui akan perubahan ini dan terus menyambut tahun baru pada 1 April. Mereka ini telah dipersenda dan dipermainkan oleh orang lain. Ada antra mereka telah ditugaskan untuk melakukan sesuatu atau mempercayai berita-berita yang palsu dan lama kelamaan tradisi mengenakan orang lain merebak ke negara-negara Eropah yang lain
-------------------------
Tanpa disedari sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit-demi sedikit. Kalau betul sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaikan kita denga April Foo, apakah pandangan Barat bila kita turut sama meraikan dengan membuat penipuan dan memperdaya orang lain dan kita juga secara tidak langsung tidak tahu menjaga maruah agama sendiri!
Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun apa yang terjadi pada 1 April samada berkait dengan agama Islam atau tidak, kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya dan tidak seharusnya menyambut dan membudayakan keras sudah jeals ianya berasal dari Barat dan tidak memberi sebarang faedah. Berfikirlah secara rasional tentang perkara-perkara ini keran tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.
Fikir dan renungkan dengan bijaksana
Alhamdulillah Ummi dan ramai lagi sudah berubah dan meng'fool'kan orang ni bukan lagi agenda yang ditunggu-tunggu..
#hidupkena berubah #berubahkearahkebaikan #buangyangburuk
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!