Pertabalan Yang di-Pertuan Agung XV Sultan Muhammad V

Assalammualaikum wbt

24 April telah disahkan sebagai hari cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan sebagai rakyat marhaen berasa bangga atas pemilihan Sultan Muhammad V ni dan tumpang seronok sebab dapat cuti tambahan hari ni kan tapi D'hubby pulak kena bertugas di Istana Negara walau baru jer balik dari Terengganu malam tadi..kena kerja keras sebab anak² dah semakin membesar dengan KC Iman akan melanjutkan pelajaran lepas tu nak pastikan KC Iman dan KY Amanda dapatkan lesen memandu tu tak masuk yuran semester akhir untuk Angah Ammar begitu juga untuk cik Myea dan Applepie..fuhhh ehhh terlalut pulak den

Bercerita pasal Sultan Muhammad V ni banyak yang menarik antaranya tular kat whatsapp yang dia buka sendiri botol minuman dan masa tu jugak la D'hubby kat Istana Negara..jadi apalagi Umi pun msg kat D'hubby..'eh betul ke"? ya balas D'hubby.."2 kali..tapi memang ada gelas berisi air pun kat depan dia" hehe jadi memang sahih la berita tu.

Tengku Mahkota Kelantan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dilahirkan  pada 6 Oktober 1969.

Jom kita ambil peluang untuk tonton Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 15 ni kat TV1 atau TV3 sebab ramai rasanya anak² kita kurang mengetahui sejarah untuk pengetahuan diri supaya kita tahu apa yang berlaku dan bukan mendengar khabar sahaja #jangankecamsaya

Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat pulak diadakan pada hari Khamis 20 April di Masjid Putra dan Pameran Raja Kita akan diadkan pada hari Selasa 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)

Daulat Tuanku!

Lukisan Sultan Muhammad V ni diambil Umi D'hubby semasa kami bagi sokongan kat sahabat penulis di Balai Seni Negara yang lepas

Baca sini - Sokongan buat Pelukis SeMalaysia

Image may contain: one or more people, people standing and text
Ehh ada pulok my D'hubby kat sini..keke


Ok...nak tonton TV pulak kot² boleh nampak D'hubby, hilang la sikit rasa rindu..hahaha #lawakpagiisnin

Post a Comment

0 Comments