Guardians of the Galaxy Vol 2 memang terbaik !

Assalammualaikum wbt

Ramai kawan² dah tengok movie ni antaranya +Maziah Azalli I'm Groot katanya ^ ~ ^.  Babak awal Umi dah teruja tengok Kurt Russell pelakon yang Umi minat..tak la terlalu minat tapi minat la jugak sebab masa muda tu memang handsome kan lagipun Umi membesar dimasa Kurt Russell popular..ehh melalut pulak cerita pasal Kurt Russell pulak dah

Pagi tu  Ayong Azmer tanya "Umi tak pergi mana kan petang ni" memang tak de perancangan pun cuma seperti biasa malam akan ke rumah mak.  Rupanya anak bujang nak belanja menonton wayang..wahh teruja la jugak sebab dah lama tak menonton..memang malas tapi kalau dah anak ajak, turut serta je la kan.

Applepie ni memang rajin nak bergambar tapi yang kami-kami malu ahhh

Sekarang dah mudah boleh beli tiket secara atas talian tapi Ayong pulak pilih pergi beli tiket dekat TGV Wangsa Walk Mall untuk Umi, Aca, Myea, KC Iman, Ayong Azmer dan Tyra..ala bukan jauh pun kan
Guardians of the Galaxy diterbitkan oleh Marvel Studios, dibarisi Chris Platt (Peter Quill), Zoe Saldana (Gamora), Van Diesel (Groot), Dave Bautista (Drax). Micheal Rooker (Yondu), Bradley Cooper (Rocket) serta Stylvester Stallone dan Kurt Russell (Ego)

The team is back.
Handsome jugak hero GotGv2 ni hehe
America's sweetheart, Baby Groot.
comel sungguh Groot ni rupanya suara Van Diesel
Peter Quill and Ego.

The Guardians bertungkus lumus melawan serangan dari Sovereign dek kerana si Rocket mencuri bateri.  Masa part ni memang teruja sebab Sovereign berlawan macam main game dan control pesawat untuk menyerang The Guardian..memang penuh CGI tapi teruja la jugak.  Banyak juga dialog yang kelakar dan pasti buat kita terhibur terutama bila tengok keletah Groot.  Dalam GofGv2 ni kita tahu asal usul Star Lord dan latarbelakang keluarga dia yang half human dan separuh non human.

Pertemuan dengan Ego bapa Peter Quill  berjalan lancar dan keterujaan Peter bila berjumpa bapa dia akhirnya berubah sebab Ego punya muslihat.  Ego sempat mengajar Peter tentang kuasanya dan mujur Gamora menyedari muslihat Ego sebenarnya.  Patutlah si Yohan tak pulangkan Peter pada Ego dan sebab tu la dia tak serang Peter walau orang dia berpaling tadah. Peter yang berasal kesal dengan Ego yang nak kuasai dunia bertambah-tambah marah sebab bapa dia musnahkan walkman dia dan Ego la jugak yang meletakkan tumor pada mak dia.  Mentang-mentang dia punya kuasa jadi suka2 jer dia nak matikan orang kan. Ni la kata habis madu sepah dibuang dan bukan mak Peter jer yang dia buat bergitu tapi ramai lagi.  Bila dah jadi gitu apa la bermula la pertarungan ayah dan anak dan kalau hero tu memang la akan menang kan.

Babak paling sedih bila Yohan si bapa angkat yang bermuka biru bergigi kuning (=‵′=) dapat menyelamatkan Peter disaat akhir sebelum planet Ego musnah dan cakap "he might be your father but he is not your daddy" lebih kurang macam tu la dialog dia yang boleh menitis airmata dan dia rela berkorban dan terkorban tapi part dia dibakar muncul kawan² yang tak sependapat dengan dia bagi penghormatan...

Babak Gamora dan Nebula berlawan dan berbaik semula pun menyentuh perasaan bila masing² berlawan untuk menang dan yang kalah menyimpan perasaan marah dan dendam tapi akhirnya berbaik semula bila mereka sedar bapa mereka Thanos tu mempergunakan mereka.  Bolehkah Nebula menghapuskan bapa mereka? tunggu sekuel seterusnya la kan dan yang pasti puak Sovereign tu dah cipta sesuatu yang baru yang dinamakan Adam!

The Guardians aren't friends - they are family
The Gurdians bukan kawan - mereka adalah satu keluarga

Tauladan dari movie ni - Keluarga adalah lebih dari pertalian darah, kita dipilih dan memilih siapa untuk menjadi keluarga kita dan jangan sesekali bersikap angkuh dan bongkak.

Umi bagi 5 bintang untuk movie ni dan memang berbaloi menonton dengan anak-anak

Post a Comment

0 Comments