Karya Ujang Jibam The Movie Akan Ke Layar Perak

Siapa tak kenal pelukis Ujang? sila angkat tangan..hehehe.  Umi bukan la peminat tegar tapi kisah Aku Budak Minang dalam majalah Gila-Gila memang best habih la dan jangan tak tau yang buku² tu tersimpan dalam almari walau bukan semua jilid tapi masih ada untuk dibaca (entah ada maso ke tidak eden payah nak cito)

Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon tu mula dikenali dengan lukisan kartunnya di Majalah Gila-Gila dan kemudian punya Majalah atas nama Ujang..memang hebat walau tuanpunya badan tu kocik jo. 
Tak tak tahu kat mana Ujang sekarang selepas beberapa konflik dengan pihak publication dan dengan arwah Din Beramboi.  Ishh tak mau la cerita pasal yang dah lepas² lagipun kita pun tak tahu cerita sebenar tapi Ujang memang antara pelukis kartun yang hebat!

Berita terbaru adalah karya Ujang iaitu Jibam akan diadaptasi ke layar perak tak lama lagi dan pelakon yang akan memang watak Jibam tu adalah Buntat si budak Kedah...ehh jenuh la jugak kot nak ajain dak Buntat tu cakap dialek Nogori kan.  Ruponyo '7 Hari Mencintaiku' bukan la karya pertamo lakonan dak Arif (Buntat) tu yang sebonar-bonarnyo Jibam the Movie la lakonan pertamo dak istimewo ni..

Den suko..den sukooo


Ni dah dia Ujang penulis dan pelukis kartun Aku Budak Minang


Nak tau lebih lanjut klik : Naskah Jibam akhirnya ke layar perak.

BAGI mereka yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an, novel Jibam karya kartunis terkenal, Ujang, barangkali bukan asing lagi.

Naskhah yang mengangkat kisah kanak-kanak lembam iaitu Ashraf atau nama panggilannya Jibam sebenarnya mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit.

Sekitar tahun 2007, Jibam pernah diuar-uarkan akan di bawa ke layar perak, namun perancangan itu tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun Spektra Selasih Sdn Bhd akhirnya merealisasikan perancangan itu apabila bertindak menjadi penerbit untuk filem Jibam The Movie.

Filem yang diterajui adik Muhammad Arif Abdullah sebagai Jibam, yang sebelum ini meledak kerana lakonan berkesan sebagai Buntat dijangka menemui penonton September depan.

Penerbit filem ini, Jafar Ahmad berkata, novel Jibam antara karya kegemarannya ketika kecil dan menjadi impian untuk melihat Jibam diadaptasi ke layar perak.  Sehingga kini, kata Jaafar, 95 peratus jalan cerita dalam novel dikekalkan dan hanya lima peratus lagi diubah dan ditambah baik mengikut kesesuaian malah sepanjang shooting, Ujang datang ke lokasi untuk berkongsi idea yang sesuai mengenai filem ini.

"Malah Ujang sendiri pilih adik Arif selepas kami semua berjumpa bapanya. Saya harap filem ini boleh tarik perhatian penonton ke pawagam," ujarnya.  Dalam pada itu, Jafar mengakui bertuah apabila populariti  Arif melonjak sebelum filem ini ditayangkan.  "Kalau ikutkan Jibam adalah karya pertama yang dilakonkan oleh Arif sebelum dia berlakon dalam drama 7 Hari Mencintaiku.
"Sebelum ni kami dah maklum Arif ada disleksia tapi dia berbakat besar dalam lakonan.
"Selepas kami confirm ambil dia berlakon,  Arif ikut kami ke Kuala Lumpur dan belajar berlakon dengan guru dari Aswara (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) selama 10 hari.
"Alhamdulillah, dia mudah menghafal skrip dan boleh beri apa yang pengarah nak," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments